Home » , » 'Total RM24,134, gila cane nak kawen ni?' - Lelaki ini terkejut tengok senarai barang keperluan sebelum kahwin, tapi netizen kata...

'Total RM24,134, gila cane nak kawen ni?' - Lelaki ini terkejut tengok senarai barang keperluan sebelum kahwin, tapi netizen kata...

shamsulazlan | 20:46 | 0 comments

Menyediakan keperluan asas sebelum berkahwin adalah bagus dan sekurang-kurangnya dapat memberi keyakinan pada bakal mentua yang lelaki itu berkemampuan untuk memberi kehidupan yang baik kepada anak perempuan mereka. 

Perkara paling asas iaitu rumah, sebaik-baiknya diperoleh sebelum berkahwin. Dengan lambakan tips dan panduan di media sosial cara-cara membeli rumah pertama, usah risau. Adakalanya pakar hartanah ini sanggup memberi bantuan percuma kepada mereka yang bakal mendirikan rumah tangga ini. 

Namun melihat pada senarai barangan keperluan yang dibuat oleh lelaki ini, boleh dikatakan agak besar juga perbelanjaannya. Tetapi pada akhir senarai, empunya tweet sendiri berkata "Gila, cane nak kawen ni?" jelas menunjukkan jumlah harga barangan yang dikehendaki itu agak mahal. 

"Before married, I should have these basic items in my house: 
  • TV - RM2,499
  • Bed frame - RM1,499
  • Mattress + Pillow - RM2,397
  • Sofa - RM3,185
  • Dining set - RM3,060
  • Wardrobe - RM4,395
  • Refrigerator - RM3,499
  • Washing machine - RM1,999
  • Air conditioning - RM1,601
  • Total: RM24,134

"Gila, cane nak kawen ni (Hahaha)" tulisnya. 




Beliau turut berkongsi gambar-gambar barangan tersebut yang kebanyakannya dari barangan IKEA. 











"At the end, terpulang kepada diri masing-masing. Mana yang mampu tu, beli. Do your life planning. So nanti dapat tahu bajet banyak mana nak guna selepas kahwin," katanya. 

Tidak dinafikan barangan IKEA semuanya cantik-cantik belaka dan sesuai dengan gaya hidup masa kini yang mahukan dekorasi simple tetapi nampak mewah dan menarik. Namun, netizen berpendapat tiada keperluan untuk terus membeli barangan yang harganya beribu ringgit. 















Sebaik-baiknya boleh memulakan rumah tangga dengan membeli barangan/perabot dengan harga berpatutan. Apa yang penting, pasangan sama-sama mencari dan mendekorasi rumah idaman masing-masing berdasarkan kreativiti sendiri. 



from The Reporter https://ift.tt/2Tq6ism
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger