Sudah banyak kali dipesan dan diviralkan, namun masih ada juga golongan telinga 'jabir' (telinga tebal susah nak terima nasihat) ini mengambil khidmat 'doktor gigi' tak berlesen untuk membuat pendakap gigi murahan.
Dalam kejadian baru-baru ini, seorang gadis mengalami bengkak bibir dan demam teruk selepas seminggu menggunakan pendakap gigi palsu.
Mangsa yang berasal dari Johor itu mengaku bahawa dia mahu memasang pendakap gigi palsu itu kerana terikut dengan rakan-rakannya yang memakai pendakap gigi di mana kebanyakan mereka memakai pendakap gigi hanya untuk berfesyen berbanding jumlah individu yang benar-benar mahu merapatkan kedudukan gigi.
Mangsa kemudian mencari 'doktor gigi' yang menawarkan perkhidmatan tersebut dengan harga RM190. Tanpa mengetahui risikonya, mangsa bersetuju dan melakukan pemasangan pendakap gigi palsu itu di rumahnya.
Malangnya selepas seminggu kemudian, bibir mangsa mula membengkak teruk dan dipenuhi nanah selain mengalami demam panas dan terlantar tiga hari di katil.
Tidak berpuas dengan keadaan itu, mangsa menghubungi 'doktor gigi' palsu itu untuk meminta penjelasan. Tetapi, lelaki terbabit memaklumkan ia adalah perkara normal yang tidak perlu dibimbangkan.
Bimbang melihat keadaan dirinya, mangsa pergi ke klinik untuk membuat ujian darah dan keputusan mendapati berlaku jangkitan kuman yang disebabkan oleh pendakap gigi palsu itu.
Akibatnya, mangsa ditahan wad selama dua hari dan akhirnya terpaksa mendapatkan khidmat dari doktor pakar swasta untuk mengeluarkan pendakap gigi palsu itu dan dikenakan caj sebanyak RM650.
Sumber: Azila Dentist
from The Reporter https://ift.tt/2HtjYkP
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment