Home » , » Najib menangis & salahkan kerajaan punca pelajar UM tiada duit untuk makan, tetapi dikecam netizen

Najib menangis & salahkan kerajaan punca pelajar UM tiada duit untuk makan, tetapi dikecam netizen

shamsulazlan | 00:14 | 0 comments

Semalam, Berita Harian menyiarkan laporan eksklusif mengenai 'Siswa miskin ikat perut' sebilangan pelajar di Universiti Malaya (UM) di mana ada yang makan sekali sehari, kerap berpuasa dan bergantung pada sebuku roti untuk dua hari akibat kekangan kewangan. 

Bagi yang pernah melalui kehidupan di universiti, tidak menafikan perkara ini berlaku dan adakalanya siswa siswi yang tidak berkemampuan ini turut dibantu oleh rakan, pensyarah, selain persatuan pelajar. 

Berita itu juga mendapat perhatian dari bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang kemudian meluahkan rasa sedihnya di Facebook. 

"Mengalir air mata membaca berita ini. Hanya makan sekali sehari. Terpaksa tahan lapar sebab duit tak cukup dan harga barang mahal. Itulah nasib siswa-siswi kita hari ini. 

"Saya masih ingat lagi masa pembentangan Bajet 2019, mereka (Pakatan Harapan - PH) kata apa? Bajet paling besar dalam sejarah! Pendidikan terima peruntukan terbesar! Malaysia wibawa, ekonomi dinamik dan rakyat sejahtera! 

"Ya, Bajet 2019 RM314.5 bilion. Tapi ke mana?

"Ya, bajet pendidikan RM60.2 bilion, tapi digunakan untuk apa? 

"Apa gunanya kalau siswa kita kelaparan? Apa maknanya kalau kita tidak mampu membeli barangan di bumi sendiri? Apa perlunya kerajaan jika buka nmembela, membantu, meningkatkan kehidupan rakyat? 

"Bersimpatilah dengan rakyat, wahai-wahai menteri-menteri PH. Sungguh tidak sangka, rakyat kini perlu melutut, merayu dan meminta sedekah hari ini dengan Putrajaya," katanya. 


Namun, kenyataan Najib itu seolah-olah mengundang kecaman netizen kerana mempolitikkan isu itu, sedangkan ketika Najib menjadi Perdana Menteri, kehidupan siswa-siswi juga sama seperti itu. 

"Zaman Barisan Nasional (BN) pun kami makan sekali sehari juga. Tapi time tu tak adalah PM Bossku nak turun padang tengok keadaan kami. Time tak ada jawatan, baru nak menyalak? 2x5 je oi. Sembang je lebih geng-geng politik ni.

"Baru sedar ke Dato Seri? Zaman Dato Seri dulu pun macam ni tapi Dato Seri tak nampak. Bila dah jadi pembangkang, semua masalah rakyat Dato nampak. Itulah hikmahnya Dato Seri jatuh. 




"Zaman Tok Jib, siswa mewah. Siap beli kereta Ferrari dan makan nasik berulam udang galah.

"Perkara ini dah lama berlaku dari zaman kau lagi. Jadi tak payah lah buat terkejut beruk sangat. Dulu kau makan quinoa, sedangkan rakyat banyak yang susah. 



from The Reporter https://ift.tt/2Y3tvo0
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger