Bagi sesetengah orang, kepala dan leher mereka berasa lebih lega atau ringan selepas diberi urutan tengkuk oleh tukang gunting rambut sebaik saja selesai proses menggunting rambut. Tidak dinafikan, tetapi apa yang anda perlu tahu adalah urutan itu adalah amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kecacatan kekal.
Menurut Public Health Malaysia, seorang lelaki India terlantar lama di hospital dan kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayatnya kerana lehernya mengalami kecederaan serius selepas diberi urutan tengkuk.
Takut tak? Anda sememangnya wajib takut kerana soal kesihatan/keselamatan di bahagian leher tidak boleh dipandang ringan. Silap langkah, anda boleh lumpuh/cacat selama-lamanya.
SEORANG lelaki India berusia 54 tahun mendapatkan perkhidmatan gunting rambut di sebuah kedai gunting rambut kegemarannya. Seperti mana rutin kebiasaan, selepas selesai menggunting rambut, tukang gunting akan memberi servis tambahan urutan kepala dan tengkuk.
Kebiasaanya, kepala pelanggan akan dimanipulasikan ke kiri dan ke kanan sehingga ada bunyi “ meletup” atau “crakk”. Malang buat lelaki ini, selepas urutan itu, beliau mengadu sukar untuk bernafas. Mangsa dikejarkan ke hospital dengan ambulan.
Pemeriksaan MRI mendapati, terdapat kecederaan serius di tulang tengkuk mangsa. Kecederaan ini menyebabkan saraf phrenic tercedera, iaitu saraf yang berfungsi untuk mengawal diagrama iaitu sejenis otot yang membantu pernafasan.
Lelaki malang itu terlantar di hospital untuk tempoh masa yang lama dan perlu menggunakan alat bantuan pernafasan sepanjang hayat
Perkara ini bukan main main, urutan tengkuk yang dilakukan di kedai gunting ini boleh menyebabkan pelbagai kecederaan lain.
Tulang tulang, sendi, otot dan saraf di tengkuk boleh mengalami kecederaan kekal yang mengakibatkan kecacatan untuk jangka masa panjang.
Selain itu, urutan tengkuk juga boleh menyebabkan saluran darah di tengkuk tercedera. Dalam kecederaan yang lebih serius, ia boleh mengakibatkan pendarahan dam strok
Sekiranya terlalu kerap melakukan urutan manipulasi tengkuk, untuk jangka masa panjang ia akan mengakibatkan osteoarthritis pada sendi tengkuk.
Walaupun urutan tengkuk seperti ini mungkin mendatangkan kelegaan untuk sesetengah individu, untuk kebaikan dan keselamatan jangka masa panjang, ianya adalah amat TIDAK DIGALAKKAN.
Tengkuk adalah satu struktur yang stabil, tetapi sebarang manipulasi keterlaluan dan pergerakan yang terlalu kasar boleh mendatangkan kecederaan kekal. - Public Health Malaysia
from The Reporter https://ift.tt/2FssazF
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment