Umum mengetahui tragedi yang berlaku di Highland Towers pada 11 Disember 1993 di mana salah satu daripada tiga blok Kondominium Highland Towers telah runtuh dan meragut nyawa 48 orang.
Semenjak daripada itu, kawasan tersebut ditinggalkan dan terbiar sehingga menimbul pelbagai spekulasi masyarakat bahawa kawasan sudah dihuni makhluk halus.
Bagaimanapun hari ini Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin berkata, sebanyak 50 buah banglo dan taman rekreasi akan mula dibina di tapak kondominium tersebut selewat-lewatnya Jun ini.
Beliau berkata, pihaknya kini sendang di peringkat menyelesaikan 10 nama pemilik di Blok 2 dan 3 kondominium 12 tingkat itu dan sebaik saja projek itu disiapkan kelak, tapak yang sudah terbiar 26 tahun lalu itu akan bertukar wajahnya.
Dalam sidang media yang diadakan di lobi Parlimen, Zuraida menjelaskan pemaju sudah mempunyai perancangan untuk membina taman rekreasi di tapak tiga blok bangunan tersebut selain kawasan di sekitarnya akan dibina 50 unit banglo.
"Ia bukannya membina semula kediam bertingkat yang berisiko, sebaliknya banglo dan taman rekreasi untuk manfaat penduduk sekitarnya.
"Bagaimanapun nama Highland Towers itu akan dikekalkan kerana ia mempunyai nilai sejarah," katanya.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2ucUUWG
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment