Viral di media sosial video menunjukkan seorang remaja lelaki yang tergamak menendang seekor anak kucing, mencetuskan kemarahan ramai.
Menurut sumber, kejadian itu dipercayai berlaku di Taman Sri Tanjung, Tanjung Rambutan, Perak.
Berdasarkan video, remaja terbabit dilihat sedang menahan kucing itu dari melarikan diri sambil berbual dengan dua orang rakannya pada malam kejadian.
Selepas itu, dia bersiap sedia mengambil posisi dan melepaskan anak kucing itu sebelum ditendang tepat di bahagian perut menyebabkan kuncing itu melambung ke udara.
Haiwan kecil itu tercampak satu meter dan terus melarikan diri menyorok di bawah kereta.
Sementara itu, netizen menyelar tindakan tidak berperikemanusiaan remaja terbabit dan menggesa warga Perak untuk mencari suspek untuk dihadapkan ke muka pengadilan.
"Orang Perak, tolong cari budak ini. Tak sanggup nak tengok video ini. Semoga Allah membalas perbuatan dia," kata netizen.
"Harap dia ditimpa balasan, biar kakinya bengkak dan tidak boleh berjalan seumur hidup," tambah netizen yang lain.
from The Reporter https://ift.tt/2U0BTFq
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment