Berkahwin itu mudah, tetapi hendak menjaganya agar kekal lama itu bukanlah mudah seperti melontarkan kata-kata manis seperti madu kerana dugaan sentiasa datang menguji pasangan berkahwin itu tanpa mengira waktu.
Terdahulu seorang suami meluahkan rasa bosannya terhadap isteri yang dikatakan menjadi punca dia mula 'makan luar'.
"Salam admin. Aku ni bekerja dengan kerajaan. Bini aku pula suri rumahtangga.
"Masalah yang aku hadapi, aku dah mula tiada nafsu dengan bini. Selepas anak kami yang ketiga dilahirkan, aku hilang nafsu dengan bini aku," tulisnya.
Keadaan itu menyebabkan dia mula menganggap isterinya sebagai bebanan. Di pejabat pula, si suami mendakwa dirinya dikelilingi janda dan wanita yang masih bujang seperti memberi isyarat kepadanya.
"Di pejabat pula ada je janda-janda dan yang bujang semacam ada isyarat nak push diri untuk aku. Aku ada beberapa kali terlanjut, ketelanjuran aku, bini tak pernah tahu. Cuma bini sentiasa tanya kenapa aku berubah.
"Aku terus terang, aku beberapa kali dah berniat nak ceraikan bini aku sebab dia bebanan buat aku. Dia tidak bekerja dan dia hanya terperap di rumah menjaga anak-anak dan aku nampak bini aku dah gemuk macam babi dah. Sebab itu aku berniat nak ceraikan dia.
"Rasanya, aku akan gembira jika bersama wanita yang ada kerjaya dan cantik," katanya.
Luahan si suami membuatkan netizen berang dan menyelar sikap suami yang tidak menghargai isteri serta berkahwin hanya kerana nafsu.
Sumber: Kisah Rumah Tangga
from The Reporter https://ift.tt/2uvQvOE
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment