Home » , » Kerajaan pertimbang cadangan kenakan sekatan had waktu bermain PUBG

Kerajaan pertimbang cadangan kenakan sekatan had waktu bermain PUBG

shamsulazlan | 07:11 | 0 comments

Perdebatan mengenai permainan video dan dakwaan ia memberi kesan negatif masih terus menjadi perbualan hangat pelbagai pihak apabila Kementerian Komunikasi dan Informasi Indonesia dilaporkan akan mempertimbangkan cadangan mengenakan had waktu untuk bermain permainan popular PlayerUnknown's Battelgrounds (PUBG). 

Ketua Pengarah Informasi kementerian, Samuel Pangerapan, berkata pihaknya sedang mengkaji cadangan mengehadkan waktu bermain PUBG.

"Kami masih belum membuat keputusan untuk mengehadkan waktu bermain PUBG tetapi kami mahu menelitinya terlebih dahulu," kata Samuel memetik laporan dari Kompas.com. 

Beliau berkata, sekatan had waktu itu jika dilaksanakan kelak bukan sahaja dikenakan terhadap PUBG, malah dikenakan pada permainan lain yang berada di pasaran. 

Menurut Samuel, kementeriannya mempunyai panduan untuk memberi penarafan untuk permainan video mengikut kategori permainan untuk demografi umur yang bersesuaian. 

Terdahulu, Dewan Ulama Indonesia (DUI) bercadang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan permainan PUBG berikutan kebimbangan mereka berhubung tragedi pengganas melepaskan tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand baru-baru ini.

Ibu pejabat Tencent yang berpangkalan di China terdahulu menjelaskan pihaknya telah mematuhi permintaan dari Kerajaan India untuk mengenakan sekatan waktu bermain hingga enam jam sehari. 

Menurut Tencent, sekatan itu dibuat kerana Kerajaan India sebelum ini bercadang mahu mengharamkan permainan itu sepenuhnya bagi membendung ketagihan di kalangan belia. 



from The Reporter https://ift.tt/2uvU5Z8
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger