Berang anjing kesayangannya dihempas sampai mati, seorang remaja lelaki berusia 13 tahun bertindak menikam ibunya sehingga mati, lapor South China Morning Post.
Dalam kejadian yang berlaku pada Sabtu lalu di daerah Jiangsu, China, remaja terbabit, Shao Fuming menikam ibunya, Yang Yan, 37, dengan pisau pemotong daging selepas berlaku pertengkaran di antara mereka berdua.
Menurut jiran mangsa, Yang membunuh anjing kesayangan anaknya itu kerana mahu mendisiplinkan Fuming.
"Yang menyangka anaknya bermain dengan haiwan kesayangannya itu sepanjang hari, lalu dia menghempas anjing itu sampai mati di hadapan anaknya," katanya.
Difahamkan, Yang membesarkan anaknya sendirian, sementara suaminya berkerja di negeri lain.
Polis menahan suspek yang menghabiskan masanya seharian di sebuah restoran 24 jam, selepas menemui mayat mangsa.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/2ULZpmV
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment