Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Hasron Nazri Hashim berkata, Mohammad Ashraf Hassan, 29, memulakan larian dari Gua Tempurung bersama 485 peserta bagi kategori 25 kilometer dan yang sepatutnya berakhir pada hari yang sama.
Namun rakannya, Mohd Farid Md Kamal, 32, berkata, Mohammad Ashraf atau lebih dikenali sebagai Acap itu tidak muncul tiba selepas selesai perlumbaan pada jam 2:00 petang.
Kehilangan Acap kemudian dimaklumkan kepada penganjur dan cubaan mencarinya di kawasan laluan peserta tidak berhasil sebelum mereka membuat laporan polis pada jam 1.09 pagi Ahad.
Bertindak di atas laporan itu, pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang disertai 11 anggota PDRM, 6 anggota Bomba dan 4 anggota APAM pada awal pagi Ahad.
Difahamkan, Acap bekerja sebagai Pembantu Makmal di Klinik Kesihatan Daerah Muar, Johor. Acap aktif melakukan aktiviti sukan lasak dan aktiviti larian.
Keluarga dan kenalannya amat berharap pihak berkuasa dapat menemui Acap segera dalam keadaan selamat.
Namun operasi SAR mengalami kesukaran berikutan tiada tanda atau petunjuk yang ditemui sehingga pihak berkuasa terpaksa menggunakan khidmat unit anjing pengesan bomba dan pasukan khas untuk mencari Acap.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Khairul Anwar Ramli berkata, mangsa dipercayai hilang dari check poin enam hingga 10 iaitu kira-kira 10 kilometer dan setakat ini (hari ketiga), hanya botol air Acap sahaja yang ditemui.
HARI KEENAM, MASIH TIADA PETUNJUK
Genap seminggu operasi SAR dijalankan, pihak berkuasa menghentikan operasi tersebut selepas pihak berkuasa gagal menemui sebarang bukti baru. Malah, botol air yang ditemui sebelum ini juga disahkan bukan milik Acap.
Walaupun begitu, operasi SAR dalam skala kecil masih dijalankan dengan bantuan orang awam.
Sementara itu, tampil seorang individu yang mendakwa mengetahui lokasi Acap.
"Kepada mereka yang berada atau mengenali keluarga Acap, Acap berada di kawasan tersebut di antara utara dan timur. Jika tentera atau sebagainya tengok gambar yang aku hantar ini mungkin faham.
"Kalau boleh, mula dari arah utara membawa ke timur. Jika dalam perjalanan ada jumpa tiga batu yang agak besar, di situ dia berada. InsyaAllah jumpa jika Allah izin.
"Saya cuba memohon dengan Allah supaya cepat timbulkan jasad Acap yang nyata, InsyaAllah," katanya.
KENAPA TAK TURUN PADANG TOLONG CARI?
"Maaf, saya ada tugasan dan komitmen lain sebab masuk kawasan orang tak boleh main langgar, ia ada check point," katanya.
Semoga Acap segera ditemui dalam keadaan selamat dan mohon rakyat Malaysia doakan agar segala urusan Acap dan keluarga dipermudahkan.
from The Reporter https://ift.tt/2FGMlJ0
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment