Home » , » Pemain disekat selepas 6 jam bermain PUBG Mobile

Pemain disekat selepas 6 jam bermain PUBG Mobile

shamsulazlan | 00:45 | 0 comments

Sesetengah pemain permainan PlayerUnknown's Battleground's (PUBG) Mobile mengalami beberapa masalah ketika bermain sejak beberapa hari ini. 

Ada pemain yang mengadu mereka mendapat pop up peringatan kesihatan bahawa mereka telah bermain PUBG selama enam jam sehari dan oleh itu, mereka disekat dari terus bermain permainan itu. 

Perkara itu kemudian dikongsikan di Twitter dan ramai yang tidak berpuas hati dengan 'peraturan' baru itu. 

Notifikasi yang muncul di skrin, "Anda telah bermain selama enam jam. Sila kembali semula esok pada 2019-03-23 05:30:00" yang bermaksud pemain berkenaan hanya boleh bermain semula pada keesokan harinya jam 5:30 pagi. 


Namun, ada beberapa individu lain pula mendakwa mereka mendapat notifikasi itu selepas bermain tiga jam. 

Menyedari aduan itu, PUBG Mobile India memohon maaf dan berkata pihaknya sedang memperbaiki masalah itu. 

Sebelum ini, beberapa negeri di India mula mengharamkan permainan PUBG agar golongan pelajar memberi tumpuan sepenuhnya pada peperiksaan yang bakal berlangsung. 


BERITA BERKAITAN: 


from The Reporter https://ift.tt/2TVIMZu
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger