Home » , » Suami ajak threesome, isteri tikam alat sulit GF suaminya

Suami ajak threesome, isteri tikam alat sulit GF suaminya

shamsulazlan | 23:35 | 0 comments

Berang suami bawa teman wanita untuk mengadakan hubungan seks tiga serangkai (threesome), wanita berusia 46 tahun menikam alat sulit teman wanita suaminya dengan pisau berukuran 22 sentimeter panjang, lapor Harian Metro. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 9.00 malam tadi di Sibu, suspek terdahulu berpura-pura bersetuju untuk melakukan hubungan seks bersama sebelum bertindak menikam mangsa. 

Ketua Polis Daerah SIbu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, suami suspek berusia 28 tahun membawa teman wanitanya berusia 34 tahun ke kediaman isterinya untuk berbincang mengenai hubungan mereka sebelum ketiga-tiganya bersetuju untuk melakukan threesome. 

Difahamkan, sebelum kejadian itu berlaku, ketiga-tiga mereka sempat minum minuman keras. Pasangan suami isteri itu juga mempunyai seorang anak dan si suami berkerja di industri pembalakan di Kepulauan Solomon. Pasangan itu hanya berkahwin secara adat di rumah panjang, tetapi tidak mendaftarkan perkahwinan mereka secara sah. 

Bagaimanapun, suspek yang cemburu dan sudah lama mengetahui suaminya menjalinkan hubungan dengan wanita itu mengambil kesempatan untuk menikam alat sulitnya ketika mereka berada di sebuah bilik. 

Si suami menyedari perbuatan itu selepas suspek bergegas melarikan diri dari bilik tersebut dan terdengar mangsa mengerang kesakitan serta memaklumkan suspek telah menikamnya. 

Lelaki itu terus mengejar suspek dan menahannya sebelum diserahkan kepada pihak polis. 

Siasatan awal mendapati, kejadian itu berlaku kerana suspek berang dengan tindakan suaminya yang membawa mangsa datang ke rumah sewa mereka. Suspek dipercayai berdendam dan cemburu serta mengetahui suaminya ada menjalinkan hubungan dengan mangsa. 

Mangsa yang cedera di bahagian alat sulitnya dihantar ke Hospital Sibu dan kini dilaporkan stabil walaupun mengalami banyak pendarahan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata pisau.

Sumber: Harian Metro


from The Reporter https://ift.tt/2FBSHtp
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger