Home » , » 'Saya terkedu..' - Rider GrabFood tempuh perjalanan 7KM dengan kerusi roda untuk hantar pesanan pelanggan

'Saya terkedu..' - Rider GrabFood tempuh perjalanan 7KM dengan kerusi roda untuk hantar pesanan pelanggan

shamsulazlan | 21:14 | 0 comments

Ketabahan seorang rider Grab Food dari Singapura ini memberikan inspirasi kepada orang ramai yang memuji ketabahannya bekerja seperti orang lain biarpun dia hilang keupayaan untuk berjalan seperti biasa. 

Biarpun pergerakannya sedikit perlahan, apa yang penting bagi Sumaiyah, pesanan yang dibuat oleh pelanggan harus dihantar dan disebabkan itu dia sanggup menempuh perjalanan sejauh tujuh kilometer dengan hanya menggunakan kerusi rodanya. 

SAYA membuat pesanan I-Tea bubbletea untuk isteri saya melalui Grab Food SG (Singapura). Kemudian rider Grab Food mengambil pesanan itu di Tampines dan dihantar ke rumah saya di Bedok Reservoir. 

Jika menggunakan kereta, ianya mengambil masa 10 hingga 12 minit, basikal 15 hingga 20 minit, e-scooter mungkin dalam masa 12 hingga 15 minit. 

30 minit sudah berlalu, saya mula tidak bersabar dan tertanya-tanya di mana bubble tea yang saya pesan tadi. Bila saya melihat pergerakan rider melalui aplikasi Grab Food, ia kelihatan seperti bergerak perlahan dari apa yang saya jangkakan. Masa itu saya tertanya-tanya, adakah rider itu berjalan kaki, bukannya menggunakan kenderaan? 

Akhirnya, apabila ikon rider itu masuk ke kawasan kediaman saya, saya perasan dia terlepas jalan masuk ke tempat letak kereta dan membuatkan saya menjadi gelisah. Saya jenguk keluar tingkap mencari, melihat ke kiri dan kanan dan tiba-tiba ternampak sesuatu yang membuatkan saya terkedu. 

Rider GrabFood menggunakan kerusi roda bermotor dengan perlahan-lahan bergerak di sepanjang laluan pejalan kaki di hadapan blok saya. 

Firasat saya mengatakan, dialah rider yang ditugaskan untuk membuat penghantaran bagi pesanan saya tadi dan saya terus bergegas turun mencari dia. 

Saya pergi ke arahnya apabila dia sampai di lif lobi dan hati saya rasa sayu. Saya sempat berbual seketika dengan dia dan bertanya apakah benar dia bergerak dari Tampines sehingga ke kediaman saya ini dan dia mengangguk mengiakan pertanyaan saya. 

Saya terkedu dan sedikit emosi tetapi cuba bertenang, begitu juga dengan Sharlien yang beradai sebelah saya. 

Apabila dia menyerahkan pesanan saya, selepas membuat pembayaran melalui GrabPay, saya cepat-cepat mengambil dompet dan menyerahkan segala wang tunai yang ada kepada dia. Secara jujurnya saya sedikit terkejut dan tak tahu nak cakap apa. 

Inilah pengajaran yang amat berguna untuk saya kongsikan bersama Sharlein semasa dalam perjalanan ke sekolah hari ini. 

Masya-Allah. Ketabahan yang ditunjukkannya melebihi keupayaan dirinya sendiri. Semoga Allah memberikan kekuatan, harapan dan murahkan rezekinya agar sentiasa menjadi inspirasi kepada orang yang sempurna seperti saya dan juga awak. 

Terima kasih Sumaiyah. 



from The Reporter https://ift.tt/2HU4FkN
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger