Home » , » Wanita nyaris mati selepas suntik jus buah dalam saluran darah

Wanita nyaris mati selepas suntik jus buah dalam saluran darah

shamsulazlan | 19:29 | 0 comments

Seorang wanita berusia 51 tahun, Zeng, dari bandar Chenzhou, Hunan, China, percaya bahawa cara terbaik untuk menyerap nutrien dari buah-buahan segar adalah menyuntik jus buah-buahan itu terus di saluran darahnya, lapor Shanghaiist.

Untuk itu, dia mengisar 20 jenis buah-buahnya dan menyuntik jus itu ke dalam saluran darahnya. 

Tidak beberapa lama kemudian, Zeng mengalami demam dan terasa gatal di seluruh badan. Tetapi dia tidak memaklumkan perkara itu kepada sesiapa sehinggalah suaminya menyedari ada sesuatu yang tidak kena dengan isterinya lalu menghantarnya ke hospital. 

Kes Zeng dikategorikan sebagai serious oleh hospital tempatan yang kemudian memindahkannya ke hospital lain dan terus dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU). 

Tindakan Zeng itu telah menyebabkan hati dan buah pinggangnya terjejas. Doktor berkata, Zeng juga berada dalam keadaan kritikal kerana beberapa organnya mula gagal berfungsi. 

Selepas lima hari dirawat di ICU, akhirnya Zeng dipindahkan ke wad biasa. 

Menurut Zeng, dia tidak menyangka bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan maut.


from The Reporter https://ift.tt/2TM9ljT
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger