Home » , » Tak pasang CCTV & gagal memastikan keselamatan premis, ibu bapa mendiang Nora Anne saman pihak resort

Tak pasang CCTV & gagal memastikan keselamatan premis, ibu bapa mendiang Nora Anne saman pihak resort

shamsulazlan | 23:24 | 0 comments

Disember 2019, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan bahawa kematian remaja Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, tiada melibatkan unsur khianat dan perkara itu telah dimaklumkan kepada Kedutaan Perancis di Singapura. 

Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes orang hilang dan kes kematian mendadak. Bedah siasat juga mengatakan Nora meninggal dunia akibat pendarahan gastrousus yang mungkin disebabkan oleh tekanan dan kelaparan. Tiada sebarang tanda penculikan atau rogol. 

Sebelum ini, ibu bapa mangsa, Meabh dan Sebastien menegaskan kematian anak istimewa mereka itu mempunyai unsur jenayah.

Baru-baru ini, pasangan itu memfailkan saman terhadap Dusun Resort di atas kehilangan dan kematian Nora. 

Peguam Sankara Nair yang mewakili keluarga itu berkata, saman sivil difailkan di Mahkamah Sesyen Seremban dan pengurusan kes pertama akan didengar pada 21 Januari ini. 

Dalam tuntutan saman itu mendakwa, Dusun Resort gagal memastikan keselamatan premis, tidak memasang kamera keselamatan dan tidak menyelenggara serta memastikan keupayaan selak pintu bilik diinap mereka. 

Nora Anne bersama keluarganya tiba di Malayia untuk percutian selama dua minggu dan mendaftar masuk di resort berkenaan di Seremban pada 3 Ogos, namun mangsa dilaporkan hilang pada pagi keesokan harinya. 

Mayat mangsa kemudian ditemui pada 13 Ogos dalam keadaan tidak berpakaian berhampiran anak sungai, 2.5 kilometer dari resort tersebut.

Sumber: Bernama


from The Reporter https://ift.tt/2FucY4m
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger