Home » , » 'Saya tegur dia dulu' - Terpikat dengan kecantikan 'wanita jadian', lelaki ini sanggup ceraikan isteri & tinggalkan anak

'Saya tegur dia dulu' - Terpikat dengan kecantikan 'wanita jadian', lelaki ini sanggup ceraikan isteri & tinggalkan anak

shamsulazlan | 17:35 | 0 comments

Demi mengejar cinta seorang transgender, lelaki ini sanggup mengambil keputusan untuk menceraikan isteri dan meninggalkan anaknya. 

Stasya Bwarlele, merupakan seorang influencer di media sosial Indonesia, mengaku pernah mendapat pendidikan perubatan di Rusia tetapi berhenti separuh jalan ekoran bapanya meninggal dunia. 

Stasya mengaku yang dia telah merubah beberapa bahagian tubuhnya seperti alat kelamin, hidung hingga ke payudara yang membolehkan dia berubah menjadi seorang wanita. 

Tidak beberapa lama kemudian, Stasya berkenalan dengan seorang lelaki bernama Sigit. Di program Bisik-Bisik Tetangga yang dimuat naik di saluran YouTube MOP pada 5 Ogos 2019, Sigit mengaku telah menceraikan isteri dan meninggalkan anaknya demi mengejar cinta Stasya. 

Difahamkan, Stasya dan Sigit telah menjalinkan hubungan lebih kurang tiga tahun. 

"Awal perkenalan saya dengan Sigit, saya tinggal di apartment pada waktu itu. Semasa saya sedang berjalan, dia dengan kawan-kawan dia tengah melepak di kolam renang, terus dia ajak saya berkenalan," kata Stasya. 

"Saya yang tegur dia dulu," tambah Sigit yang juga mengaku hubungannya dengan Stasya dilanjutkan ke perkahwinan. 

Sigit memberi alasan dia memilih Stasya berbanding bekas isterinya kerana dia tidak mahu lagi memiliki anak.

"Trauma? Oh tidak. Tapi saya memang sudah tak nak ada anak lagi. Cukup satu sahaja," katanya.

Meskipun begitu, Sigit mendakwa hubungan dia dengan bekas isteri masih baik. Stasya juga mengalakkan suaminya itu berbaik dengan bekas isteri. 

"Kami selalu buat panggilan video, mereka datang ke sini saya ajak pergi jalan-jalan di mall, beli itu ini. Hubungan kami (dengan bekas isteri) sangat baik. Adakalanya mereka datang bermalam di sini," katanya. 


Melakukan pembedahan jantina adalah berdosa besar kerana ia mengubah ciptaan Allah Taala dan mengikut petunjuk syaitan. Doktor yang terbabit dalam melakukan pembedahan itu juga terlibat dalam dosa besar.

Firman Allah: "Janganlah menolong di atas dosa dan kezaliman." (Surah al-Maidah: 2)

Sumber: Sosok


from The Reporter https://ift.tt/2O2eKy4
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger