Ali Heri Sanjaya, 27, ditahan di Banyuwangi, Indonesia selepas mayat mangsa ditemui tiga hari selepas kejadian dalam keadaan yang mengerikan.
Ketua Polis Banyuwangi, Arman Asmara Syarifuddin, berkata, motif kejadian adalah kerana sakit hati di mana mangsa yang juga merupakan rakan sekerja suspek, selalu memanggil suspek "Boboho' kerana badannya gemuk sehingga membuatkan suspek sakit hati.
"Kami percaya ia berlaku disebabkan suspek sakit hati dengan mangsa yang selalu memanggilnya begitu," katanya.
Suspek turut mengaku melakukan pembunuhan itu dalam satu video viral di media sosial.
"Hei, berselera betul kamu makan. Enak ye makanan itu?" soal polis yang merakam video tersebut.
Suspek yang mulutnya penuh tidak dapat membalas pertanyaan anggota itu, hanya sekadar mengangguk.
"Kamu tak ada perasaan ke walaupun dah bunuh dan bakar orang," soal polis itu lagi.
DICEKIK SEBELUM DIBAKAR
Menurut keluarga mangsa, Rosida, 18, keluar dari rumah pada pagi Jumaat untuk pergi bekerja. Namun mangsa tidak pulang beberapa hari membuatkan keluarganya risau.
Tiga hari kemudian (25 Januari 2020), mayat mangsa ditemui seorang pekebun, dalam keadaan hangus hampir keseluruhan badannya di atas timbunan jerami.
Pada awal polis sukar mengesan identiti mangsa dan selepas dua hari kemudian mereka berjaya identiti sebenar mangsa berdasarkan rekod pergigian dan anggota badan dari data orang hilang.
Pemeriksaan mendapati ada kesan cekikan di leher dan polis percaya mangsa telah dicekik sehingga mati sebelum dibakar suspek.
Suspek bakal berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup.
Sumber: Sosok
from The Reporter https://ift.tt/36Fy7n6
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment