Home » , » Dah 80 kes kematian, 2,744 jangkitan baharu akibat koronavirus

Dah 80 kes kematian, 2,744 jangkitan baharu akibat koronavirus

shamsulazlan | 21:35 | 0 comments

Dalam perkembangan terkini wabak koronavirus di China, sebanyak 769 kes baharu di kesan di seluruh dunia menjadikan keseluruhan kes itu sebanyak 2,744. 

Bagaimanapun tiada kematian baharu disahkan di luar wilayah Hubei yang sebelum ini melaporkan 24 kematian baharu, yang menjadikan jumlah keseluruhan kamtian di seluruh negara kepada 80 orang. 

Di peringkat awal, virus itu disyaki berpunca dari Pasar Makanan Laut Wuhan yang menjual hidupan liar secara haram sehingga merebak ke Beijing, Shanghai dan ke luar negara termasuk Malaysia. 

Ekoran penularan wabak itu, beberapa bandar utama di China terutamanya Wuhan yang mempunyai 11 juta penduduk, dikenakan larangan perjalanan. 

Penularan wabak itu dari awal lagi menjejaskan sambutan Tahun Baharu Cina ratusan juta pelancong dari China dan negara luar selain mengakibatkan banyak acara awam dibatalkan serta tarikan pelancongan ditutup. - AFP/BERITA HARIAN


from The Reporter https://ift.tt/36vt7l9
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger