Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tiada rancangan untuk melarang pelancong China memasuki negara ini buat masa ini susulan merebaknya wabak koronavirus di Wuhan, China.
Buat masa sekarang, kerajaan hanya akan menjalankan saringan ke atas penumpang dan pelancong yang tiba di negara ini, katanya.
“Jangan halang mereka. Kita akan periksa mereka (pelancong), dengan memeriksa (mereka) ia akan membolehkan kita mengesan (sebarang tanda virus itu) pada peringkat awal,” katanya pada persidangan akhbar selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, hari ini.
Hari ini, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengesahkan tiga daripada lapan warga China yang dikuarantin di Johor Bahru positif koronavirus, atau disebut juga Wuhan koronavirus.
Ketiga-tiga pesakit itu, yang diasingkan dan dirawat di Hospital Sungai Buloh, adalah keluarga rapat kepada seorang lelaki warga China berumur 66 tahun dari Wuhan, yang tiba di Singapura pada 20 Jan dan disahkan pada 23 Jan sebagai kes pertama Singapura dengan individu yang sah positif mengalami virus itu.
Sumber: Bernama
from The Reporter https://ift.tt/2tS8T7E
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment