Home » , » Dua beradik (China) disyaki punyai simptom Koronavirus dikuarantin di Langkawi

Dua beradik (China) disyaki punyai simptom Koronavirus dikuarantin di Langkawi

shamsulazlan | 04:05 | 0 comments

Perkembangan terkini mengenai wabak koronavirus, dua kanak-kanak perempuan yang berasal dari Guangdong, China, dikuarantin di Hospital Sultanah Maliha, Langkawi hari ini kerana mempunyai simptom disyaki wabak koronavirus. 

Difahamkan, dua kanak-kanak itu yang masing-masing berusia dua dan empat tahun itu tiba di KLIA bersama dengan ibu bapa mereka pada Isnin 20 Januari 2020 sebelum berlepas ke Langkawi, 24 Januari 2020. 

Dua beradik itu kemudian menunjukkan tanda-tanda kurang sihat iaitu demam dan batuk, lalu dihantar ke Hospital Sultanah Maliha.

Pihak hospital kemudian mengambil sampel keluarga itu dan dihantar ke Institut Penyelidikan Perubatan untuk diuji. 

Bagaimanapun, penduduk dan pelancong di Langkawi tidak perlu berasa bimbang kerana pesakit hanya disyaki dan belum disahkan pembawa virus tersebut. 

Simptom itu juga bersifat umum dan pemeriksaan lanjut perlu dilakukan mengikut produser yang ditetapkan kerana mereka berasal dari China yang merupakan tempat wabak itu merebak. 



from The Reporter https://ift.tt/2tSDqSP
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger