Menteri Pengangkutan Indonesia mengumumkan sekatan sementara bagi penerbangan keluar/masuk dari Wuhan, China, yang dijalankan oleh syarikat penerbangan negaranya berikutan penularan wabak koronavirus di negara itu sejak Disember 2019.
Indonesia Sriwijaya Air dan Lion Air telah membatalkan semua penerbangan harian mereka ke Wuhan.
Difahamkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Wuhan juga telah ditutup untuk penerbangan komersial dan hanya menerima kemasukan penerbangan kecemasan.
Semua penerbangan dari Indonesia ke Wuhan akan ditukarkan ke beberapa negeri lain di China.
Sementara itu, Presiden Jokowi juga mengarahkan Menteri Kesihatan Terawan Agus Putranto memperketatkan pemeriksaan di semua pintu masuk ke Indonesia.
Terdahulu, dua pelancong China yang tiba di Indoneisa disyaki menghidap koronavirus, tetapi selepas diperiksa, kedua-dua lelaki itu disahkan bebas dari jangkitan tersebut.
Sumber: The Jakarta Post
from The Reporter https://ift.tt/2RM7Eio
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment