Seorang doktor di sebuah hospital di Hubei, China dilaporkan meninggal dunia dipercayai berpunca dari wabak koronavirus.
Liang Wudong, 62, adalah antara kakitangan barisan hadapan yang merawat pesakit yang disahkan positif koronavirus.
Dalam perkembangan terkini, angka kematian akibat wabak itu meningkat kepada 41 orang dan hampir 1,300 kes jangkitan dilaporkan di seluruh dunia.
Sementara itu, lapan warga China yang berasal dari Wuhan memasuki Johor Bahru kelmarin disahkan negatif wabak koronavirus, selepas menjalani ujian klinikal.
Pergerakan mereka akan terus dipantau dan dihadkan di sekitar hotel sahaja.
Lapan warga China itu dilaporkan bersama seorang warga emas berusia 66 yang disyaki dijangkiti wabak itu yang kini sedang dirawat di hospital Singapura.
Kerajaan Johor berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Singapura yang segera memberi maklumat mengenai rombongan itu.
from The Reporter https://ift.tt/2Givc9g
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment