Home » , » 'Thanos' bengkak 10 jari akibat cincin ketat, bomba potong 16 bentuk cincin miliknya

'Thanos' bengkak 10 jari akibat cincin ketat, bomba potong 16 bentuk cincin miliknya

shamsulazlan | 17:43 | 0 comments

Selama enam bulan lelaki berusia 34 tahun ini menahan derita 10 jarinya bengkak akibat memakai cincin ketat.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat (BBP) Johor Jaya, Pegawai Bomba Kanan II (KUP) Razid Musa berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai mangsa pada jam 2.53 petang semalam dan tiga anggota bersama EMRS dikerahkan ke rumah lelaki itu di Bandar Baru Permas Jaya, Johor Bahru.

Pihak bomba terpaksa mengambil masa selama dua jam untuk memujuk lelaki itu pergi ke hospital selepas polis gagal memujuknya kerana dia enggan menanggalkan semua cincin itu kerana dipercayai sebagai pelindung diri.

Bimbang mangsa bertindak agresif, pihak Hospital Sultan Ismail (HSI) memberinya suntikan bius.

Selepas itu, bomba menggunakan 'ring cutter' untuk memotong 16 bentuk cincin pelbagai jenis itu dalam tempoh masa 20 minit.

Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak hospital untuk tindakan selanjutnya.

Sumber: Harian Metro

from The Reporter https://ift.tt/2GizaPh
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger