Home » , » Ibu guna 'Google' untuk rawat anak demam, 6 hari kemudian disahkan hidap penyakit Kawasaki

Ibu guna 'Google' untuk rawat anak demam, 6 hari kemudian disahkan hidap penyakit Kawasaki

shamsulazlan | 04:56 | 0 comments

Kewujudan laman Google sememangnya memudahkan pengguna internet tetapi tidak sepatutnya kita bergantung sepenuhnya kepada Google, terutamanya apabila timbul isu mengenai kesihatan manusia. 

Ini kerana, jika tersalah pemahaman boleh membawa kepada kesan negatif seperti menjadi antivaksin, anti perubatan moden dan banyak lagi, selain mendatang kemudaratan diri sehingga boleh menyebabkan kematian yang tidak disengajakan. 

Dalam satu kes di Taiwan, seorang ibu cuba mencari rawatan melalui internet untuk merawat anaknya dari demam dan terjumpa satu laman web yang menyarankan dia membiarkan anaknya di rumah untuk pulih secara semulajadi. 

Menurut laman web itu, "Tidak perlu bimbang, demam hanya seketika da sistem keimunan badannya akan pulih. Hanya perlu berjaga-jaga selama beberapa hari dan semuanya akan menjadi baik". 

Namun selepas dua hari kemudian, si anak mula mengalami simptom 'strawberry tongue' dan ibunya sekali lagi membuat pencarian di Google dan mendapatinya anaknya mungkin mengalami simptom adenovirus, demam scarlet atau penyakit Kawasaki. 

Dalam tiga jenis penyakit itu, si ibu mengesyaki anaknya menghidap penyakit adenovirus. Memandangkan tiada vaksin untuk penyakit itu, dia membiarkan anaknya berehat di rumah di bawah pemantauannya. 

Dua hari kemudian, ruam mula timbul di badan anaknya dan si ibu masih tidak berasa bimbang dengan keadaan tersebut. 

Selepas enam hari kemudian, kanak-kanak itu mula mengalami demam panas membuatkan ibunya risau tetapi tidak membawa anaknya berjumpa dengan doktor. Sebaliknya dia membuat carian dia internet dan kali ini mengesyaki anaknya menghidap penyakit Kawasaki dan segera membawa anaknya ke hospital untuk mendapatkan rawatan. 

Doktor menjelaskan, bibir pesakit pecah, merah dan tapak tangan serta kaki kemerahan, mata merah dan lidah berbintik. Pemeriksaan mendapati mangsa menghidap penyakit Kawasaki.

Disebabkan 'kepandaian si ibu itu', mangsa terpaksa dimasukkan ke hospital dan mengambil masa untuk merawat jantungnya.

Punca mangsa mendapat penyakit itu masih tidak diketahui. Penyakit Kawasaki kebiasaannya dialami oleh kanak-kanak berusia enam bulan ke lima tahun. Ada sesetengah orang berpendapat penyakit itu berkaitan dengan sistem keimunan dan genetik. 



from The Reporter https://ift.tt/3ap2NMr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger