Benarlah kata orang, di zaman ini jadi lelaki pun tak selamat. Seperti yang berlaku kepada lelaki ini yang berkongsi kejadian yang menimpa diri di mana dia telah diganggu secara seksual di sebuah pusat beli belah.
OKAY guys, literally aku baru lepas kena gangguan seksual. Ceritanya begini, masa aku berada di tandas Gardens Mall, I was washing my face sebab mengantuk. Kau faham-faham sajalah Gardens hari Isnin macam mana.
Tiba-tiba ada lelaki tua ini datang mendekati aku. Aku pun macam biasa, sambung pakai moisturiser semua. Semakin lama, dia semakin dekat. Kemudian dia terus sauk aku punya *****. Aku dah terkejut, terus tepis tangan dia dengan kuat. Pastu berganjak ke belakang. Aku capai moisturiser aku semua kat depan cermin tu, aku terus keluar.
Dia ikut aku guys, sumpah aku dah takut. Aku tak tahu mana aku punya 'lelaki' time tu pergi. Aku nak masuk ke tempat kerja, tetapi aku fikir-fikir balik, takkan aku nak beritahu dia di mana aku bekerja dalam masa dia tengah follow aku.
Jadi aku ambil keputusan nak turun. Aku nak pergi ke eskalator, tetapi memang confirmlah dia nampak aku. Aku bazirkan masa dalam 20 minit disebabkan lelaki tak guna ini. AKu dah risau kalau dia kacau aku di tempat kerja. Akhirnya aku ambil keputusan guna tangga dan alang-alang tu aku nak rakam muka dia sekali.
As soon as aku dapat rakam muka dia tanpa dia sedari, aku terus berlari ke atas tingkat tiga. Aku keluar, kemudian masuk ke tandas tingkat tiga duduk dalam cubicle tu menyorok. Aku call kawan tempat kerja aku, suruh check kalau dia (pervert) ada dalam tandas tu ke tak.
Member aku terus lari ke tandas tu untuk periksa. Nasib baik dia tak ada di situ. Aku sampai nak keluar dari tandas pun takut. Sumpah aku takut.
okay guys, literally aku baru lepas kena sexual harassment. cerita dia ceni, aku tengah kat toilet the gardens mall i was washing my face sebab mengantuk kau faham2 jela gardens hari isnin macam mana. Tiba2 ada tua pantat ni datang dekat2 dengan aku. pic.twitter.com/EfwRCkobYJ— Aaaaaaaaaaaaaaaus (@yourbuffbuffboi) January 20, 2020
Boys, please jaga diri. Insiden ini tak kelakar, muka macam aku ni pun boleh kena gangguan seksual. Nasib baik kat tangga tu tak ada apa-apa yang berlaku.
Yang aku tak boleh terima kan, asal dalam ramai-ramai lelaki, aku juga yang kena? Like, muka-muka aku macam ahli neraka dia punya level buruk. Kenapa yall?
Sumber: @yourbuffbuffboi
from The Reporter https://ift.tt/3ayHmbW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment