Home » , » 'Saya nak cepat' - Polis dedah pemandu Ford Ranger tergesa-gesa nak jumpa kawan di PD

'Saya nak cepat' - Polis dedah pemandu Ford Ranger tergesa-gesa nak jumpa kawan di PD

shamsulazlan | 04:18 | 0 comments

Pemandu Ford Ranger yang dirakam memandu secara berbahaya sehingga merempuh penunggang motosikal di lebuhraya PLUS Kuala Lumpur - Seremban tempoh hari telah ditahan. 

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Noor Azam Jamaludin berkata, lelaki itu datang menyerah diri Balai Polis Seksyen 11 Shah Alam pada petang Isnin, 20 Januari 2020 dan terus ditahan. 

"Siasatan mendapati, pemandu berusia 30-an itu dalam perjalanan ke Port Dickson, Negeri Sembilan untuk berjumpa dengan kawannya. 

"Dia kata dia nak cepat," kata Azam kepada wartawan semalam. 

Lelaki itu direman selama tiga hari untuk membantu siasatan.

Ujian saringan air kencing terhadap suspek juga adalah negatif dadah dan alkohol. 

Dalam pada itu, polis juga meminta pemilik dashcam yang merakam kejadian itu tampil untuk membantu siasatan. 

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Suprintendan Azman Shariat berkata, pemasangan dashcam dalam kereta adalah amat berguna kerana ia dapat membantu pihak berkuasa dalam melakukan siasatan berkaitan jenayah dan kemalangan. 

Namun begitu, pemilik kenderaan digalakkan menggunakan dashcam yang boleh membuat rakaman video beresolusi tinggi agar nombor pendaftaran kenderaan lain dapat dilihat dengan jelas. 

Sumber: Asia One


from The Reporter https://ift.tt/2TQ9KAr
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger