Susulan pengesahan tiga warga China di Malaysia disahkan positif koronavirus, rakyat Malaysia mula menyuarakan kebimbangan masing-masing kerana mengesyaki tiga warga China itu telah berhubung secara langsung dengan warga tempatan dalam perjalanan ke ibu kota.
Dalam sidang media yang diadakan di Putrajaya hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengaktifkan serta-merta Pasukan Bertindak Cepat (RRT) dan Pasukan Penilaian Cepat (RAT) untuk menjalankan aktiviti pengesanan di lapangan.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, semua anggota kesihatan diarahkan memberi perhatian serius terhadap pemakaian peralatan perlindungan diri (PPE) yang betul serta mengamalkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan jangkitan yang optimum sepanjang masa.
"Saringan pesakit di semua premis kesihatan perlu dilaksanakan dengan teliti, bagi memastikan kes yang memenuhi akan dirujuk untuk penyiasatan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, orang ramai dinasihatkan mengikuti perkembangan semasa dari sumber yang sahih dan tepat serta tidak menyebarkan maklumat yang tidak diketahui kebenarannya.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/2sZytYa
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment