Home » , » Penagih dadah belasah ibu sampai masuk hospital kerana berang tak diberi RM10

Penagih dadah belasah ibu sampai masuk hospital kerana berang tak diberi RM10

shamsulazlan | 16:48 | 0 comments

Demi nafsu nak menghisap dadah, tergamak lelaki ini membelasah ibunya yang berusia 64 tahun sehingga cedera kerana berang tak diberikan RM10 untuk membeli dadah. 

Dalam kejadian yang berlaku di kediaman keluarga itu pada Ahad lalu di Bandar Bukit Tinggi, Klang, warga emas itu dikejarkan ke hospital kerana mengalami kecederaan di bahagian badan dan dirawat selama dua hari di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. 

Ketua Unit Penguatkuasaan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Ezwan Shahrin Saihani berkata, pihaknya menerima aduan dari orang awam dan terus menjalankan operasi Ops Cegah di sekitar kawasan kediaman warga emas itu pada jam 8 pagi kelmarin.

Hasilnya, enam lelaki berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an ditahan termasuk suspek. Kesemua mereka didapati positif dadah jenis syabu dan akan disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah 1983 untuk tindakan lanjut. 

Sumber: Sinar Harian


from The Reporter https://ift.tt/2sLnxx0
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger