Home » , » 'Bas bergerak selepas lampu hijau, tiba-tiba kereta suspek melintas di hadapan & berlanggar' - Sumber

'Bas bergerak selepas lampu hijau, tiba-tiba kereta suspek melintas di hadapan & berlanggar' - Sumber

shamsulazlan | 06:43 | 0 comments

Susulan viral video pemandu pacuan empat roda membelasah pemandu bas kerana kemalangan, dua suspek terbabit telah ditahan. 

Di media sosial, ramai yang tertanya-tanya bagaimana kemalangan itu boleh berlaku dan berdasarkan sumber, kereta pacuan empat roda itu melintas di hadapan bas. 

"Susulan video tular kes yang berlaku di Gelang Patah, Johor pada 24 Januari 2020. Ketika mangsa tiba di persimpangan lampu isyarat di Gelang Patah, pemandu memberhentikan bas sementara menunggu lampu hijau. 

"Setelah lampu bertukar hijau, pemandu bas mahu memulakan perjalanan dan tiba-tiba sebuah kereta (suspek) melintas di hadapan lalu melanggar bas itu. 

"Pemandu bas mendesak agar kes kemalangan itu dilaporkan ke balai polis. Tetapi suspek marah lalu memukulnya," kata sumber.

Berdasarkan gambar, bahagian depan sebelah kiri bas rosak dan cermin depan juga pecah. Mangsa juga mengalami kecederaan di bahagian kepala. 





Harian Metro melaporkan dua suspek itu juga bertindak agresif di balai sehingga memaksa anggota polis terpaksa bergelut untuk menahan mereka. 

Sumber: Facebook

LAPORAN BERKAITAN



from The Reporter https://ift.tt/2GoXkaY
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger