Home » , » (Video) Berang ditegur kerap menumpang di rumah kekasih, suspek libas parang pada adik kekasihnya

(Video) Berang ditegur kerap menumpang di rumah kekasih, suspek libas parang pada adik kekasihnya

shamsulazlan | 20:28 | 0 comments

Remaja lelaki berusia 18 tahun luka di bahagian perut, betis kanan dan pergelangan tangan kiri selepas dilibas dengan parang oleh teman lelaki kakaknya. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 10.22 pagi Isnin di Taman Seri Kijang, Bukit Mertajam, mangsa dilibas dengan parang oleh suspek yang berang ditegur mangsa kerana selalu menumpang di rumah keluarganya. 

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, siasatan awal mendapati suspek yang menetap di Parit Buntar, Perak itu kerap menumpang rumah ahli keluarga teman wanitanya. 

Mangsa sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia tidak menggemari kehadiran suspek yang tinggal di situ dan memberitahu akan memukul suspek dan kakaknya jika ternampak mereka di rumah itu. 

Suspek dengan teman wanitanya itu kemudian pulang ke rumahnya di Parit Buntar dan kembali ke rumah mangsa dengan parang serta rotan lalu tercetus pergaduhan di antara suspek dengan mangsa. 

Suspek melibas parang ke arah mangsa yang terkena di bahagian perut, betis kanan dan pergelangan tangan kiri. Kejadian itu berjaya dileraikan bapa mangsa. 

Polis yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi dan berjaya menahan suspek berusia 20 tahun dan merampas parang serta rotan yang digunakannya. 



Mangsa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam dan dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya untuk rawatan lanjut. 

Suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah direman selama seminggu untuk disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. 

Sumber: Harian Metro


from The Reporter http://www.thereporter.my/2019/03/video-berang-ditegur-kerap-menumpang-di.html
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger