Home » , » Tampar & sepak anak tiri sebab berbohong, pemandu lori tampil serah diri

Tampar & sepak anak tiri sebab berbohong, pemandu lori tampil serah diri

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Seorang pemandu lori tampil menyerah diri kepada polis selepas video dirinya memukul anak tiri berusia lima tahun dalam kejadian di Taman Sri Muda, tular di media sosial. 


Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam kelmarin di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Shah Alam. 


Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana berang dengan mangsa yang didakwa berbohong kepadanya. 


"Ini menyebabkan suspek marah sebelum menampar anak tirinya. Tiada kelihatan sebarang kesan kecederaan pada kanak-kanak itu, tetapi mangsa sudah dirujuk kepada hospital untuk tindakan lanjut," katanya. 


Suspek direman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. 


Terdahulu, video pemandu lori itu menampar anak tirinya tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang menggesa suspek dikenakan tindakan undang-undang. 


Dalam video itu menunjukkan suspek bukan hanya menampar, mangsa juga ditendang menyebabkan ibu mangsa segera datang melindungi anaknya daripada terus dipukul suspek. 


LAPORAN BERKAITAN:


Baca: 'Kenapa pukul anak saya?!' - (Video) Pemandu lori tampar, pulas tangan & sepak anak tiri diburu polis


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/jvldmFa
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger