Foto JBPM Kuala Lumpur |
Seorang lelaki maut dalam kemalangan yang melibatkan tiga buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), pada jam 6.30 pagi.
Menurut laporan, Proton Waja yang dipandu mangsa dikatakan terbabas sehingga termasuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar dua kenderaan lain.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 6.47 pagi lalu mengerahkan tujuh pegawai dan anggota bersama sebuah jentera ke lokasi kejadian.
Sebaik saja tiba di lokasi, mereka mendapati kemalangan itu membabitkan kereta Proton Waja, Perodua Bezza dan Toyota Alphard.
Seorang lelaki berusia 37 tahun tersepit di dalam kereta dan berjaya dikeluarkan. Pasukan paramedik Hospital Kuala Lumpur mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.
Pemandu Perodua Bezza mengalami kecederaan ringan. manakala pemandu Toyota Alphard dan anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.
Sumber: Harian Metro, Kosmo! Online
from The Reporter https://ift.tt/GTjglEW
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment