Home » , » 'Buat video prank suami/isteri curang sempena birthday/anniversary adalah haram' - Mufti Perlis

'Buat video prank suami/isteri curang sempena birthday/anniversary adalah haram' - Mufti Perlis

shamsulazlan | 03:22 | 0 comments




Semenjak kebelakangan ini, trend melakukan video prank pasangan kantoi curang semakin menjadi-jadi dan ramai penyedia perkhidmatan penghantaran hadiah menggambil peluang menggunakan kaedah itu untuk mengaut keuntungan. 


Prank tersebut kebiasaannya didalangi oleh si suami yang mahu memberi kejutan kepada isteri bersempena ulang tahun kelahiran orang tersayang, tetapi dimulakan dengan lakonan 'orang ketiga' (penghantar hadiah) sebagai 'isteri kedua'. 


Hal itu membuatkan si isteri tidak senang duduk dan mula beremosi dan melemparkan pelbagai soalan kepada suami mengenai kehadiran 'orang ketiga' itu. Tidak kurang juga ada yang berasa malu kerana 'orang ketiga' itu membuat kekecohan di depan rumah sehingga menimbulkan salah sangka jiran tetangga sebelum dikejutkan bahawa itu semua sebenarnya adalah prank untuk meraikan ulang tahun kelahiran si isteri. 


Bagaimanapun, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berpandapat, perbuatan pran kitu adalah diharamkan dalam agama Islam kerana bukan sahaja boleh menimbulkan panik dan takut, juga menyebabkan kebencian dan kemarahan yang membawa kepada keburukan dalam kehidupan. 



Prank itu katanya, tidak membawa apa-apa kebaikan dalam hubungan rumah tangga, malah boleh merosakan hubungan antara pasangan. Selain itu, menjatuhkan wibawa suami atau isteri dan boleh menimbulkan buruk sangka yang diharamkan oleh syarak.


"Sengaja menimbulkan buruk sangka orang terhadap diri adalah berdosa kerana sengaja menyebabkan orang lain berdosa. Jelas 'prank' konon-kononnya curang terhadap isteri merupakan perbuatan yang diharamkan di sisi Islam. 


"Maka wajib untuk setiap yang berakal waras menghindarinya," katanya dalam penulisan di laman web rasmi Jabatan Mufti Negeri Perlis, semalam. 


Walaupun begitu, gurauan senda yang tidak memberikan kesan buruk atau tidak membawa kepada dosa terhadap hubungan sesama muslim adalah dibolehkan. 



from The Reporter https://ift.tt/B0Zi4W6
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger