Home » , » 'Benda boleh tolak, tapi dia (Zul Ariffin) memilih sedap' - Datuk Awie

'Benda boleh tolak, tapi dia (Zul Ariffin) memilih sedap' - Datuk Awie

shamsulazlan | 19:22 | 0 comments



Datuk Awie berpandangan isu kontroversi yang melanda rakannya, Zul Ariffin, berpunca dari pelakon itu sendiri yang memilih untuk menconteng arang pada industri hiburan tanah air. 


Awie dengan selambanya berkata, "Itu dia (Zul Ariffin) gatal sebenarnya. Benda boleh tolak, tapi dia memilih sedap. Dia terimalah benda (hukuman) itu. 


"Pada saya, dia sudah menconteng arang kepada industri yang berkonsepkan Islam, khususnya di Malaysia kerana industri kita masih lagi tidak ada sifat keterbukaan dalam sudut sebegitu.


"Benda itu (babak panas) tidak wajar. Kalau nak buat, buatlah di Singapura ke, Indonesia ke, Filipina ke lainlah. Benda boleh tolak, tapi dia memilih sedap. Jadi dia kenalah terima benda (hukuman itu," katanya. 


Awie bagaimanapun tidak menyalahkan mana-mana pihak dan berpendapat bahawa babak panas seperti itu boleh dielak tetapi bergantung kepada kehendak seseorang pengarah atau pelakon. 


Dari sudut agama Islam, sudah tentu babak seperti itu tidak elok dan menyarankan pengarah menggunakan kreativiti untuk menggunakan unsur metafora bagi adegan seperti itu tanpa perlunya dilakonkan secara fizikal. 


"Dari sudut seorang pelakon dan pengarah berkaliber, mereka boleh masukkan unsur-unsur Islamik dalam lakonan atau tidak. Kalau tidak maka dia nak 'go' profesional dan 'go' profesional ini hukumnya tiada. Dia akan 'all out' (tiada batas), tapi kalau dari sudut Islamik, maka ada hukum tertentu yang mereka perlu ikuti," katanya. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/1zIDiYq
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger