Foto Lifestyle Asia Hong Kong |
Menjelang ramadan, pengusaha hotel di Negeri Sembilan dilaporkan bakal menaikkan harga bufet ramadan sebanyak 20 peratus disebabkan beberapa faktor termasuk kenaikan harga bahan mentah serta kos operasi.
Pengerusi Persatuan Hotel-Hotel Malaysia (MAH) Negeri Sembilan, Haziz Hassan berkata, kenaikan harga sebanyak 20 peratus itu bagaimanapun tidak akan menjejaskan sambutan orang ramai untuk berbuka puasa di hotel kerana kerajaan sudah memansuhkan had kapasiti 50 peratus untuk aktiviti yang membabitkan kumpulan ramai.
"Keputusan itu memberikan kelegaan dalam penawaran bufet berbuka puasa pada Ramadan ini," katanya.
Ditambah pula sempadan negara akan dibuka semula pada 1 April ini akan membantu merancakkan lagi perniagaan hotel dan sektor perlancongan tempatan.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MAH, Yap Lip Seng berkata, kenaikan harga makanan dan minuman adalah bergantung kepada banyak faktor dengan mengambil kira kos asas seperti jika bahan premium digunakan, bermakna harganya lebih meningkat.
Jelasnya lagi, penetapan harga juga bukanlah mudah di mana kos makanan bukan hanya tertakluk pada satu bahagian, sebaliknya keseluruhan kos seperti kos bahan utama dan tenaga kerja dalam situasi norma baharu.
"Ini belum lagi mengambil kira restoran atau hotel yang perlu mengurangkan kapasiti pengunjung bagi memastikan penjarakan sosial walaupun kita akan masuk fasa peralihan endemik bermula 1 April ini.
"Semua ini akan memberi impak kepada perusahaan hotel yang baru sahaja ingin bernafas selari dengan fasa pemulihan ekonomi.
"Ini termasuk persekitaran yang baik dan kualiti makanan menepati citarasa pengunjung. Kita semua sedia maklum bahawa masyarakat terutama umat Islam tidak sabar untuk menyambut bulan suci Ramadan dan pastinya hotel di seluruh negara akan menyediakan perkhidmatan terbaik untuk tetamu mereka," katanya.
Sumber: Berita Harian
from The Reporter https://ift.tt/J0BatKm
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment