Home » , » Gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan, 15,785 akaun air pengguna akan terjejas

Gangguan bekalan air di Seberang Perai Selatan, 15,785 akaun air pengguna akan terjejas

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Bermula Sabtu hingga Ahad ini, sebanyak 16 kawasan di Seberang Perai Selatan akan mengalami gangguan bekalan air selama 12 jam. 


Gangguan bekalan air itu akan bermula pada jam 10 malam Sabtu sehingga jam 10 pagi Ahad ini.


Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir Jaseni Maidinsa berkata, gangguan bekalan air itu adalah susulan dari pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan di Loji Rawatan Air Bukit Panchor dan pengalihan paip di Jalan Bukit Panchor. 


Kawasan di sekitar Pekan Nibong Tebal juga akan mengalami masalah tekanan air rendah.


Antara kawasan yang terjejas adalah seperti berikut: 


  • Jalan Bukit Panchor
  • Transkian
  • Permatang Tok Mahat
  • Jalan Sempadan
  • Sungai Acheh
  • Sungai Udang
  • Klinik Kesihatan Bukit Panchor
  • Klinik Kesihatan Nibong Tebal
  • Klinik Kesihatan Sungai Acheh
  • Balai Bomba Nibong Tebal
  • Universiti Sains Malaysia (USM)
  • Kampung Teluk
  • Sungai Buaya
  • Kampung Sungai Kechil
  • Kampung Besar
  • Perda Tech


Lebih kurang 15,785 akaun pengguna akan terjejas dan PBAPP menasihatkan para pengguna di kawasan terjejas menyimpan bekalan air yang mencukupi untuk kegunaan sepanjang tempoh gangguan itu berlaku. 


Sumber: Harian Metro



from The Reporter https://ift.tt/klZmI1J
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger