Home » , » 'Sampai kena kibar bendera depan pesakit bedridden tu dah kenapa?' - Netizen

'Sampai kena kibar bendera depan pesakit bedridden tu dah kenapa?' - Netizen

shamsulazlan | 17:22 | 0 comments


Kecoh di media sosial mengenai gambar sekumpulan ahli Barisan Nasional (BN) datang melawat pesakit terlantar dan dalam masa yang sama salah seorang dari mereka mengibarkan bendera parti di hadapan pesakit.


Perbuatan lelaki itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang menyifatkan perbuatan itu tidak wajar dilakukan, apatah lagi dijadikan sebagai modal untuk berpolitik. 


"Sampai kena kibar bendera depan pesakit bedridden tu dah kenapa?" ciap @The_Mamu yang memuat naik gambar tersebut di Twitternya. 




Anak kepada pesakit berkenaan, Syahidah Zainal, juga meluahkan rasa terkilan apabila ibunya dijadikan sebagai 'bahan politik'.


"Saya anak kepada pesakit terlantar itu. Ibu saya ada brain tumor hampir enam tahun. Hanya bergantung dengan susu sahaja guna rycle tube. Dia kenal anak-anak dan waris terdekat je. Sedih tengok dah tersebar aurat ibu saya kat media sosial. Saya tak duduk dengan ibu saya. Tolonglah jangan jadikan ibu saya bahan politik. Doakan ibu saya lebih baik," katanya. 


Sementara itu, ada segelintir yang mempersoalkan ketulenan gambar tersebut dan tidak menolak sekiranya gambar itu telah disunting untuk memburukkan pihak BN. 


"Ini yang betul. Agak-agaklah manusia nak bawa bendera parti masuk rumah ketika melawat orang sakit," kata Izzudin. 




Bagaimanapun, netizen lain tampil membuktikan bahawa gambar yang dikongsikan Izzudin itu bukannya gambar yang sama seperti yang dimuat naik oleh The Mamu kerana posisi individu dalam gambar tersebut tidak sama. 


"Gambar tulen, bukan edit. Video TikTok tak perlu bendera. Time posing bergambar wajib ada bendera. Boleh nilai sendiri," kata Haris. 




Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook atau Instagram The Reporter.


Sumber: Twitter The Mamu



from The Reporter https://ift.tt/mgdUSvw
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger