"Saya cuma nak sebarkan modus operandi scammer yang saya rasa agak baru untuk saya. Saya tidak mahu orang lain terperdaya sebab saya memang hampir-hampir terperdaya," demikian kata Nurhusna Said.
Menurut Nurhusna, dia tidak menyangka dirinya hampir menjadi mangsa scammer, sedangkan sebelum ini dia kerap membaca perkongsian mengenai kegiatan penipuan di media sosial.
Difahamkan insiden itu berlaku pada Sabtu lalu di mana dia menerima panggilan dari 'syarikat insurans AIA' yang mengatakan dia telah membuat tuntutan insurans sebanyak RM33,000 semasa berada di Negeri Sembilan. Nurhusna menafikan perkara itu kerana dia sememangnya tidak pernah melanggan mana-mana insurans.
Pemanggil itu kemudian meminta Nurhusna membuat laporan polis untuk tidak disenarai hitamkan. Selain itu, Nurhusna diminta hadir ke pejabat AIA Ampuang, tetapi tidak jadi dan laporan boleh dibuat melalui panggilan telefon.
Panggilan itu dirujuk ke 'IPK Negeri Sembilan' dan Nurhusna mengakui dia masih tidak menyedari dirinya sedang diperdaya oleh scammer terbabit yang turut memberitahu namanya sendiri, nombor kakitangan bagi menyakinkan itu adalah panggilan 'sah' dari 'pihak AIA'.
"Selepas dia sambungkan ke 'IPK Negeri Sembilan', saya pun berilah maklumat diri kepada seorang lelaki ini (penyamar polis). Selepas itu dia kata, 'Puan ada berada bersama dengan siapa?'. Saya kata, suami saya ada dan dia meminta saya pergi ke tempat lain agar perbualan kami tidak didengari oleh suami dan jika ada gangguan boleh menyebabkan rakaman audio terbatal.
"Dia kata ini akta rahsia rasmi. Sesiapa pun tak boleh tahu termasuk suami. Di bahagian ini, jangan percaya sebab kawan saya yang suaminya polis berkata, mana boleh jadi akta rahsia rasmi bagai kalau dah kes besar. Kemudian dia meminta maklumat saya seperti nama, nombor kad pengenalan, pakai apa di tangan, berapa berat, pakai tudung ke tidak.
"Selepas itu, dia bagi pindahkan panggilan saya kepada seorang lagi lelaki untuk membuat semakan sekiranya saya ada terlibat dengan kes lain. Tiba-tiba dia mengatakan saya terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan penggubahan wang haram.
"Masa itu saya memang dah sedih sangat. Panggilan saya sekali lagi dipindah kepada orang atasannya (penipu utama) yang kononnnya ditugaskan untuk mengendali kes ini.
"Menurut lelaki itu, sekiranya saya tidak mahu dimasukkan ke lokap. saya perlu memindahkan RM10,000 kepadanya untuk duit waran. Didorongi perasaan takut selepas digertak sedemikian, saya terperdaya dan hampir mengadaikan barang kemas. Saya memang dah berada di depan premis bank tetapi Alhamdulillah Allah telah menyelamatkan saya daripada berbuat demikian. Dalam perjalanan itu Allah ilhamkan saya. Saya teringat ada kes scammer yang melibatkan kes polis," katanya.
Nurhusna menasihatkan orang ramai jangan mudah terperdaya dengan kata-kata scammer lebih-lebih lagi apabila mereka mendakwa bakal mangsanya ada membuat tuntutan, terbabit dalam kes penyalahgunaan dadah, penggubahan wang haram dan sebagainya.
Bagaimanapun, mereka yang menerima panggilan scammer tidak perlu takut sekiranya tidak melakukan sebarang kesalahan.
"Kalau dia (scammer) kata awak salah buat tuntutan ke, apa ke, jangan sesekali percaya. Dalam kes saya, saya percay sebab nama dan nombor kad pengenalan saya dia sebut betul dan saya ingat tak perlu keluarkan duit dan hanya buat laporan sahaja. Kalau dia minta nombor akaun bank ke apa, jangan beri. Beri saja nombor telefon palsu.
"Berhati-hati apabila menerima panggilan dari nombor yang bermula dari 03 atau 06, melainkan nombor yang betul-betul dikenali. Kalau nak lebih selamat, gunakan aplikasi True Caller," katanya.
Sumber: Facebook Nurhusna
from The Reporter https://ift.tt/vHqkFxN
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment