Home » , » 'Apa function aku datang (mengundi di PRN Johor) tapi tak dapat apa' - Pengundi luar bengang, parti politik mungkir janji nak bagi duit

'Apa function aku datang (mengundi di PRN Johor) tapi tak dapat apa' - Pengundi luar bengang, parti politik mungkir janji nak bagi duit

shamsulazlan | 21:22 | 0 comments

Video Viral di Twitter


Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru saja melabuhkan tirainya pada Sabtu lalu dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan Barisan Nasional (BN) berjaya meraih majoriti di negeri itu. 


Bagaimanapun di media sosial tular sebuah video dari pengundi luar yang mendakwa kepulangannya ke negeri itu untuk membuang undi hanyalah sia-sia. Ini kerana dia tidak memperoleh apa yang telah dijanjikan kepada pengundi luar sepertinya. 


"Kau orang Johor? Kau dah mengundi? Kau duduk luar tapi kau tak dapat duit? Bukanlah nak berkira pasal duit, tapi macam.. aku kerja tau, aku (ambil) cuti tapi.. apa perasaan orang lain cuti tau? Balik Johor, tak dapat apa. 


"Dia (pihak yang berjanji) kata pengundi luar daripada Johor, tak dapat (duit). Habis yang aku kerja di Melaka ni, bapak aku kerja dekat Klang, tak dapat? Orang (ambil) cuti, jauh-jauh datang sini tak dapat apa?


@snashdr_ HAMPA 😔 AKU BANGSA JOHO #prnjohor #bangsajohor ♬ original sound - Suhadah Hamdan


"Bukanlah mengharap pun, tak kisahlah bendera (parti) mana yang menang. Yang itu tak hairanlah, tapi apa function aku datang, aku tak dapat apa-apa benefit pun untuk aku. 


"Sudahlah (pihak berkenaan) berjanji, 'Datanglah mengundi, jangan risau kita bagi (duit)'. Bila dah datang, macam ni pulak. Haih, bengang siot! Datang sana kena tolak, datang sini kena tolak. Nama tak ada, minta maaflah apa. Haih, geram pulak kita hah!


"Okaylah kalau macam tu aku pergi balik tempat aku mengundi, aku batalkan (undi). Aku rasa bukan aku seorang je yang macam ni. Ramai (pengundi macam ni) dari luar negeri Johor. Habis negeri-negeri lain dari Penang, KL, datang dengan jem, duit minyak lagi, cuti lagi. Ada je yang kerja hari Sabtu, terpaksa ambil cuti dan balik (mengundi). 


"Bukanlah nak berkira balik kampung kan, tapi dapat macam ni haa.. haih! Apa benda siak?! Nak marah tak boleh, dah mengundi kan? Kalaulah aku tahu (macam ni), tak adalah aku membazir je. Baik aku duduk rumah, tidur. Kalau tak pun aku kerja. Tak adalah sakit hati macam ni ha. Haih, geram!


"Kita fikir negeri kita, nak bangkitlah konon. Time nak suruh orang mengundi ha takpe, "KITA JANJI BOLEH BAGI, BOLEH BAGI". Tapi bila dah mengundi, "SORRY, NAMA AWAK TAK ADA. LUAR NEGERI JOHOR TAK DAPAT, LUAR PARLIMEN TAK DAPAT." Hmm lemahlah, tak fahamlah. Bencilah macam ni, geram je," katanya dalam video tersebut.


Walaupun ruangan komen pada video itu ditutup, ada pengguna Twitter memuat naik video itu semula. Ramai netizen berpendapat apa yang dilakukan oleh wanita itu bukan sahaja menyalahgunakan haknya untuk mengundi, malah merosakkan pemikiran generasi baru. 


"Kalau macam ni lah pemikiran rakyat Malaysia, memang sampai bila-bila pun akan ditindas. Sebabnya terlalu mengharapkan sogokan untuk menjalankan kewajipan sebagai warganegara. Patutlah semuanya korup, hancur masa depan Malaysia macam ni," kata Amonly.


"Kalau macam ni pemikiran rakyat Malaysia tentang kewajipan mengundi, lambat lagilah kita boleh reform menjadi sebuah negara yang lebih baik. Perubahan itu bukan macam mi segera. Sebab itulah Pakatan Harapan jatuh dalam masa tak sampai dua tahun disebabkan rakyat dia ingat, undi hari ini esok semua dah bagus," kata Buzar.


"Gelak geng penyamun berjaya brainwash Melayu," kata Danial. 



"Mentaliti orang Malaysia. Itulah orang cakap, pangkah bukan kerana duit semata-mata tetapi pangkah untuk masa depan anak cucu kita nanti. Tapi nasi sudah menjadi bubur sis, hadap sajalah," kata Ach. 


"Sekarang ni mengundi sebab duit, bukan sebab tanggungjawab. Demokrasi berparlimen dah hancur, parti tabur duit merata," kata Ekal. 


Apa pandangan anda? Kongsikan pandangan anda di Facebook atau Instagram The Reporter. 


Sumber: TikTok Pengundi, Twitter Apa Nak Dikato



from The Reporter https://ift.tt/LDEnYWc
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger