Home » , » Mayat lelaki warga emas ditemui dalam 'freezer' pub selepas dilaporkan hilang sejak 2012

Mayat lelaki warga emas ditemui dalam 'freezer' pub selepas dilaporkan hilang sejak 2012

shamsulazlan | 23:22 | 0 comments

Foto Daily Mail


Mayat seorang lelaki warga emas ditemui dalam peti sejuk beku di sebuah pub, selepas dia 'menghilangkan diri' sejak 10 tahun lalu. 


Roy Bigg, 67, kali terakhir dilihat pada 1 Februari 2012 di Newham, London, sebelum mayatnya ditemui oleh para pekerja yang sedang melakukan ubahsuai pada premis tersebut, 15 Oktober 2021. 


Polis kini meminta orang ramai yang mengenali Roy untuk tampil mambantu siasatan. Gambar Roy juga disiarkan kepada umum agar mana-mana pihak yang mengenalinya tampil memberikan maklumat. 


Ketua Detektif, Inspektor Kelly Allen berkata, "Kami percaya mayat Roy berada di dalam peti sejuk beku itu sudah bertahun-tahun. 


"Kepada yang mengenalinya, mohon tampil menghubungi kami. Mangsa lhir pada 8 September 1944 dan kami percaya dia berusia 70 tahun ketika meninggal dunia," katanya. 


Mayat Roy Bigg ditemui dalam peti sejuk beku pada jam 3 petang, Jumaat, 15 Oktober 2021. Peti sejuk beku tersebut diletakkan di tingkat bawah tanah premis yang sebelum itu dikenali sebagai Simpson Wine Bar di Jalan Romford, Forest Gate. 


Polis berjaya mengenal pasti identiti mayat berkenaan berdasarkan rekod pergigiannya. 


Sumber: Daily Star



from The Reporter https://ift.tt/ykOLRDd
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger