Home » , » 'Peniaga jangan naikkan harga barang sesuka hati menjelang 1 April & 1 Mei' - Amaran dari Menteri KDPNHEP

'Peniaga jangan naikkan harga barang sesuka hati menjelang 1 April & 1 Mei' - Amaran dari Menteri KDPNHEP

shamsulazlan | 02:22 | 0 comments

Foto hiasan | Majoriti


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menggesa peniaga untuk tidak sesuka hati menaikkan harga barangan menjelang fasa peralihan ke endemik mulai 1 April dan pelaksanaan kadar gaji minimum baharu bermula 1 Mei.


Beliau berkata, pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan melakukan aktiviti pemantauan dan melaksanakan penguatkuasaan undang-undang secara berterusan terhadap mana-mana peniaga yang berbuat demikian.


"Komuniti peniaga janganlah suka-suka naikkan harga susulan kenaikan gaji minimum dan pembukaan sempadan kerana aktiviti ekonomi akan lebih rancak,” katanya.


Bagaimanapun, pada masa yang sama, Alexander memberi amaran tegas kepada peniaga sekiranya dikesan melakukan perkara tersebut, tindakan undang-undang dan peraturan yang sedia ada termasuk kompaun akan dilaksanakan,


"Kami akan membuat advokasi kepada pengguna supaya lebih mengetahui keadaan semasa dan turut melakukan langkah-langkah pencegahan dengan melarang dan memastikan peniaga tidak membuat tindakan tidak beretika seperti menaikkan harga dan sebagainya,” katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.


Alexander sebelum itu menyaksikan sesi penyerahan sumbangan peralatan perubatan melibatkan dua unit N15 Patient Monitor bernilai RM100,000 oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia kepada Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.


Alexander turut mengulas mengenai laporan media semalam, berkenaan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang mengesan 63 syarikat menjalankan kegiatan penyelewengan subsidi minyak masak membabitkan cukai tidak berbayar sebanyak RM200 juta.


"Sebenarnya KPDNHEP sedar berlaku hal sebegini dan kami sentiasa memantau, mengesan serta menyiasat kes yang serupa ini dan apa yang dinyatakan LHDN adalah penemuan mereka mengenai keseluruhan kes berkenaan. Saya tak mahu nyatakan sekarang kerana akan biarkan pihak LHDN buat siasatan terlebih dahulu.


"Saya difahamkan penguat kuasa (KPDNHEP) sudah berhubung dengan pihak LHDN dalam hal ini dan bersama mereka nanti, kami akan meneliti dan perincikan apa sebenarnya dan mengambil langkah wajar,” katanya. 


Sumber: Bernama



from The Reporter https://ift.tt/wOi2hZJ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger