Dua pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mengalami kecederaan ringan selepas kenderaan yang dinaiki mereka melanggar seekor lembu yang berkeliaran di lebuh raya di Kilometer 249.7 Lebuh Raya Utara Selatan arah Utara, Isnin lalu.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, kejadian itu berlaku pada jam 3.15 pagi ketika mangsa dalam perjalanan dari Kulai ke Kem TLDM, Lumut, Perak.
Mangsa yang menaiki kereta pacuan empat roda jenis Ford Ranger di lorong kanan melanggar seekor lembu yang muncul secara tiba-tiba menyebabkan kenderaan itu berpusing.
Kemalangan itu menyebabkan pemandu berpangkat Leftenan Komander berusia 39 dan penumpangnya berpangkat Komander berusia 42 tahun mengalami kecederaan ringan.
Video kejadian itu turut ditularkan di media sosial, mengundang kemarahan netizen terhadap sikap pemilik lembu yang tidak bertanggungjawab membiarkan haiwan ternakannya bekeliaran.
"Bahaya betul, memang tak nampak tu. Masaklah tuan lembu. Mati hidup balik, tuan lembu takkan mengaku itu lembu dia," kata Iza.
"Memang celaka la tuan lembu ni, menyusahkan orang betul," kata Haw.
"Penyelenggara lebuh raya kena buat kenyataan, pengguna keluarkan duit untuk guna lebuh raya yang selesa dan selamat," kata Zain.
"Jadi kalau jadi macam ni, boleh ke claim dengan pihak PLUS? Boleh ke saman PLUS?" soal Alif.
Sumber: Sinar Harian
from The Reporter https://ift.tt/B30Gr8M
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment