Polis berjaya menahan suspek yang merompak dan menembak mati pengawal keselamatan dalam kejadian rompakan van keselamatan jam 5.50 petang semalam di sebuah bank di Puchong Prima.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Abd khalid Ohtman berkata, suspek berusia 38 tahun itu berjaya ditahan di Seksyen 24 Shah Alam malam tadi selepas satu jam melarikan karung wang.
Siasatan awal mendapati suspek melakukan rompakan itu secara solo dan hanya berjaya melarikan satu karung wang dari mangsa sebelum melarikan diri. Suspek turut membawa polis ke lokasi untuk merampas senjata api yang digunakannya untuk menembak mangsa.
Abd Khalid berkata, wang yang ditemui bersama suspek masih belum diketahui jumlahnya dan sedang disiasat. Bank pertama juga telah mengesahkan wang mereka selamat, manakala sebuah lagi bank masih mengira jumlah kerugian.
Ketika kejadian itu, seramai empat pengawal keselamatan yang menaiki van keselamatan sedang mengambil wang dari sebuah bank untuk disimpan dalam peti keselamatan.
Tiga pengawal keselamatan kemudian masuk ke dalam bank kedua dan pemandu van tidak keluar dari kenderaan. Ketika dalam proses menyimpan wang, suspek muncul secara tiba-tiba lalu berlaku perebutan karung wang.
Suspek kemudian menembak bahagian rusuk dan tulang belakang dua pengawal keselamatan. Suspek yang berjaya mengambil satu karung wang terus melarikan diri.
Pemandu van yang takut dengan kejadian itu sempat menyelamatkan rakannya yang cedera ditembak di tulang belakang, lalu melarikan diri sejauh 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.
Bagaimanapun, mangsa yang cedera di tulang belakang itu meninggal dunia dalam van. Seorang lagi mangsa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Sumber: Harian Metro
from The Reporter https://ift.tt/lH4D2qe
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment