Home » , » Suami terkejut, jumpa video songsang isteri dengan ustazah dalam thumbdrive disorok dalam coli

Suami terkejut, jumpa video songsang isteri dengan ustazah dalam thumbdrive disorok dalam coli

shamsulazlan | 20:22 | 0 comments



Pakar Perunding Kuanselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh mendedah ada segelintir agamawan wanita yang telah mendirikan rumah tangga rupa-rupanya mengamalkan seks songsang atau lesbian. 


Bagaimanapun, kegiatan itu tidak pernah terbongkar di sebalik penampilan mereka yang menutup aurat, arif dalam soal ilmu agama dan berperwatakan baik. 


Menurut Hushim, ada seorang ustaz berusia 28 tahun yang mendapatkan khidmatnya mendedahkan dia tidak pernah menyentuh isterinya yang telah dinikahi selama enam bulan. 


"Sambil menangis lelaki itu mendedahkan, isterinya enggan membenarkan untuk menyentuhnya, apa lagi melakukan hubungan seks dengan alasan ada masalah sakit puan. 


"Bahkan, mereka juga tinggal secara berasingan kerana tuntutan kerja. Si isteri tinggal bersama ibu bapa di Shah Alam kerana memberi alasan dekat dengan tempat mengajar. 


"Bagaimanapun ustaz tersebut mulai pelik apabila setiap Sabtu, isterinya akan meminta izin untuk tidur di rumah rakan wanita di sebuah kondominium kononnya mahu melepaskan tekanan kerja," katanya. 


Pada awalnya, ustaz berkenaan tidak mengesyaki apa-apa sehingga dia menemui thumbdrive milik isterinya yang mengandungi gambar dan video lucah isterinya bersama seorang wanita yang tidak dikenali. 


Ketika ditanya mengenai thumbdrive yang ditemui dalam coli, si isteri mengaku dia mempunyai hubungan songsang dengan wanita yang merupakan seorang ustazah dan sudah berkahwin. Mereka menjadi pasangan songsang sejak menuntut di sebuah sekolah tahfiz di Selangor ketika usia belasan tahun. 


Semasa melanjutkan pelajaran di Mesir, wanita itu mengenali ustaz berkenaan dan bercinta sehingga berkahwin. Dalam masa sama, dia masih menjalinkan hubungan dengan ustazah berkenaan. 


Penemuan thumbdrive itu kemudian dimaklumkan kepada keluarga mentua, menyebabkan bapa wanita itu pengsan setelah melihat video lucah anaknya. Ustaz itu juga mengalami trauma teruk dan akhirnya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik. 


Tidak terkecuali, ustazah terbabit juga mengalami nasib yang sama, diceraikan suaminya selepas semua perbuatan keji itu terbongkar. 


Sumber: Kosmo! Online



from The Reporter https://ift.tt/MDRNw4C
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger