Home » , » 'Makin ditegur, makin menjadi-jadi' - Netizen meluat tengok budak insta ni tak berubah walaupun dah banyak kali tegur

'Makin ditegur, makin menjadi-jadi' - Netizen meluat tengok budak insta ni tak berubah walaupun dah banyak kali tegur

shamsulazlan | 01:04 | 0 comments

Nak dikata selebriti, bukan. Nak dikata instafamous, pun bukan. Tetapi wajahnya kerap muncul di Instagram dengan berperwatakan perempuan membuatkan netizen tertanya-tanya sampai bila dia mahu berterusan menjadi seperti itu? 

Sebelum ini, banyak dilanda kontroversi. Tetapi apabila diberi perhatian, perangai yang lama pun datang kembali. 

Ia bagaikan kisah pengembala kambing menipu orang kampung kononnya ada serigala mahu membaham kambing-kambingnya. Bila ramai yang datang untuk menghulurkan bantuan, rupa-rupanya mereka dipermainkan. 

Tiada bezanya dengan individu ini yang lama kelamaan netizen akan hilang rasa simpati dan menganggap semuanya dusta. 

Terbaru, video dirinya menari sakan di kalangan rakan-rakannya berhibur entah di mana dengan aksi-aksi yang tidak sepatutnya membuat netizen rasa kesal atau lebih tepat meluat. 

Baca komen netizen: 

Ada yang mencemuh, ada yang mengeji dan tidak kurang bersimpati. Tetapi sebagai seorang manusia yang normal, hati tidak akan menjadi tenang bila mendapat tekanan seperti itu. 

Oleh itu, hindarilah dari melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Elakkan dari berkawan dengan mereka yang membawa kita terjerumus jauh ke tempat yang tidak sepatutnya. Semoga individu ini diberikan hidayahNya. 

Sumber: Twitter


from The Reporter https://ift.tt/2FKqNMg
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger