Home » , » 'Kalau tahu Yanko Skincare ini produk seludup dan beracun, aku sendiri takkan pakai' - Naizatul

'Kalau tahu Yanko Skincare ini produk seludup dan beracun, aku sendiri takkan pakai' - Naizatul

shamsulazlan | 06:27 | 0 comments

Kesan penggunaan yang pantas kadangkala menjadi tarikan pembeli untuk membeli produk kosmetik yang berada di pasaran tanpa memikirkan kesan di sebaliknya. Produk 'timbang kilo’ juga dikatakan antara produk yang digemari pelanggan kerana harga yang berpatutan. Disebabkan itu, lambakan produk kosmetik berada di negara ini untuk menambat hati pelanggan terutamanya wanita. 

Angkara produk-produk ini juga, ramai wanita yang mengadu mengalami masalah kulit yang serius selepas penggunaan alat-alat kosmetik tersebut. Beberapa page di Facebook dan individu serta pakar perubatan menentang penggunaan bahan kosmetik terlarang.

Seorang bekas penjual kosmetik berkongsikan kisah rumahnya digeledah oleh pihak berkuasa kerana didakwa telah menjual produk yang mengandungi bahan beracun. Dia pada mulanya tidak mengetahui sebab rumahnya digeledah. Setelah diterangkan, dia berasa terkejut apabila mengetahui produk yang dijualnya merbahaya dan telah diseledup masuk ke Malaysia.


BAGI menjawab segala mesej kamu semua tentang Yanko Skincare, baca ni sampai habis. Aku memang dah stop jual Yanko since bulan 4 lagi dan aku sendiri dah stop pakai Yanko. 

Pada 5/4/2018 tu ada seorang customer aku ni nak datang self pickup Yanko trial set hydra 2 set kat rumah. Deal punya deal sampailah dia kat rumah aku dalam pukul 12 lebih macam tu. Okay settle explain cara pakai dan dia pun dah bayar apa semua tu. On the way customer aku tu jalan nak masuk kereta tiba-tiba datang 3-4 biji kereta masuk lorong rumah aku. Guess what??? Benda first aku nampak kaki polis turun dari kereta! Dalam hati tertanya-tanya “aku ada buat salah apa?”

Then turun pulak sekumpulan pegawai farmasi dari Ipoh siap tunjuk kad dan bagitahu yang mereka mencari Naizatul Syifaa atas sebab “MENJUAL PRODUK YANG MENGANDUNGI BAHAN BERACUN”. Selepas dah mengaku yang akulah Naizatul Syifaa, mereka terus masuk geledah rumah. 

Customer aku yang datang pickup tadi pun terpinga-pinga dan Yanko kat tangan dia pun kena rampas. Kesian. Tapi lagi kesian kat aku semua stok jualan aku kena rampas tak ada satu pun tinggal dan paling sedih handphone aku pun kena rampas sama. Memang rosak emosi aku time tu tak hirau apa. Start mereka masuk rumah, sampai keluar rumah air mata mengalir tak berhenti. Salah aku macam aku jual dadah! Aku ada tanya jugak mereka kalau bahaya macam mana boleh lepas kat kastam?

Jawapan mereka: YANKO SELUDUP MASUK MALAYSIA.

Otak aku jammed tak boleh nak fikir selain menangis sedu-sedan. Bayangkanlah aku hilang modal beribu, database customer, iphone 7+. Hilang sekelip mata macam mimpi. Dah lah aku baru je nak rasa senang sikit lepas berhenti kerja, lagi sedih.






Sejak dari hari tu aku terus diamkan diri kat FB ni. Semangat aku mati. Semua mesej yang nak order yanko aku tak layan, aku tak boleh nak hadap jadi stress. Aku ignore semua yang berkaitan Yanko.

And start daripada haritu jugak aku terus stop Yanko. Yerla, dah tak ada satu pun tinggal nak pakai apa lagi. Mula-mula kulit muka aku ok je tak ada masalah tapi dalam masa sebulan macam tu terus kulit aku naik bintik merah yang gatal melampau sampai rasa nak menggaru. 

Lepas dari tu start lah perjalanan aku mencari skincare, hari-hari duk search produk tu produk ni tapi bukan produk kilo. Aku dah taubat nasuha daripada krim siang krim malam apa semua. Aku follow group “sembang produk drugstore.” Banyak gila review produk dalam tu. Kalau jenis yang tak kuat iman kau senang sangkut dengan setiap review produk mereka.

Tapi disebabkan duit macam ada tak ada, so aku pun nak try jerla Cleanser Safi yang gamat dan habatussauda tu dan alhamdulillah serasi dengan aku sampai sekarang. Rasa bersyukur gila dan paling best cleanser tu baru berapa ringgit je tak sampai sepuluh ringgit, yang tube besar haritu aku beli RM9.50 je kat Greenmart.

Oh ya lupa nak cerita, nak tahu sebab apa rumah aku kena serbu? Ada orang report kat KKM. 

Aku sendiri tak tahu apa niat dan tujuan orang yang report tu. Tapi apa-apa pun aku nak berterima kasih sangat kat dia sebab dia buat aku tersedar dari terus-terusan taksub dengan Yanko. Bagi yang pernah jadi customer Yanko aku dulu, ifa minta maaf sebab buat kamu semua terjebak sama. Kalau dari dulu lagi aku tahu yang Yanko ni seludup aku sendiri tak pakai.



from The Reporter https://ift.tt/2LMpJfZ
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger