Home » , » MCA tak puas hati kerajaan tak hapuskan AES, walaupun saman AES sejak 2012 dibatalkan

MCA tak puas hati kerajaan tak hapuskan AES, walaupun saman AES sejak 2012 dibatalkan

shamsulazlan | 06:38 | 0 comments

Kerajaan hari ini membatalkan semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang belum berbayar.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook, berkata, operasi kamera dan saman AES akan diambil alih sepenuhnya oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mulai 1 September depan dan akan dikuatkuasakan dengan tegas dan tiada lagi pemberian diskaun pembayaran saman. 

Langkah itu dibuat selepas kerajaan memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dua syarikat konsesi pengendali sistem AES yang tamat pada 31 Ogos ini. 

"Kerajaan telah 'berkorban' untuk tidak mengutip saman AES ini, maka semua saman AES setakat ini yang masih belum dibayar oleh orang ramai telah dibatalkan. 

"Jumlah saman adalah sebanyak RM3.1 juta. Dengan setiap saman AES adalah RM150, maka semua jumlah adalah RM435 juta," katanya. 


Sementara itu, MCA menempelak kerajaan yang memutuskan untuk tidan menghapuskan AES, sebaliknya memilih untuk meneruskan AES. 

Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata demikian kerana PKR dan DAP selama ini mahu AES dihapuskan kerana berpendapat bahawa sistem itu kejam dan menjadi alat oleh kerajaan BN. 

"Oleh itu saya terkejut apabila kerajaan Pakatan Harapan mahu meneruskan sistem AES, malah berkata tiada lagi diskaun terhadap saman AES seperti yang dilakukan kerajaan BN. Bukankah ini lebih kejam?" katanya. 

Sumber: MalaysiaKini


from The Reporter https://ift.tt/2L2i8VE
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger