Minggu lalu seorang murid Tahun Dua mendakwa lebam di bahagian tengkuk akibat ditampar guru. Namun guru berkenaan tampil membuat laporan polis menafikan dakwaan itu dan menjelaskan kesan yang kelihatan seperti kesan lebam itu sebenarnya ubat yang disapu oleh nenek murid berkenaan yang mengesyaki kanak-kanak itu mengalami penyakit beguk.
Bagaimanapun, ibu kepada kanak-kanak berusia 8 tahun itu tampil menafikan dakwaan guru berkenaan dan menegaskan bahawa hasil laporan rawatan yang dikeluarkan pihak hospital mengesahkan bahagian tengkuk anaknya dihentak dengan sesuatu.
"Hasil laporan rawatan anak saya, Muhammad Emran (Amir Hairil Eianur), 8, dikeluarkan hospital kerajaan mendapati terhadap kesan lebam di bahagian tengkuk akibat hentakan," kata ibunya, Zuria Salmi Nik Mat, 36, dengan nada sebak.
Menurut Zuria, akibat dari kejadian itu, anaknya diberi cuti sakit dari Selasa lalu sehingga hari ini dan masih berada dalam keadaan trauma serta tidak mahu meneruskan sesi pembelajaran ke sekolah.
Enggan melihat keadaan anaknya seperti itu, Zuria mahu membuat pertemuan dengan guru besar sekolah itu pada minggu depan bagi menguruskan proses pertukaran sekolah demi masa depan anaknya.
"Saya uruskan semua perkara itu dengan profesional dengan guru besar terbabit, saya ada tiga anak bersekolah di situ dan Muhammad Emran adalah paling bongsu. Saya berhasrat untuk menukarkan sekolah dua anak saya termasuk kakak Emran, Sarah Nur Saffiyah, berusia 10 tahun, masing-masing (Emran dan Sarah) berada di bawah jagaan saya secara sah.
"Yang sulung, Muhammad Syaheed Adib, 12, berada di bawah jagaan bekas suami, maka itu terserah kepada dia untuk mengambil keputusan terbaik berhubung isu berbangkit," katanya.
Lapor Harian Metro, Zuria akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkaitan termasuk pihak yang telah memfitnahnya bagi membersihkan nama dia dan ahli keluarga lain.
Zuria juga mendakwa dia mendapat maklumat daripada seorang pengguna Facebook dipercayai kakitangan di sekolah tersebut bahawa anaknya antara mepat murid yang ditampar guru berkenaan.
"Saya terkejut dengar daripada individu itu mereka ditampar kerana membuat bising di kawasan tangga sekolah. Ada situasi anak saya nakal, itu tidak dinafikan, malah saya galakkan dia ditegur dan dimarahi guru sekolah itu. Namun, hukuman yang diberikan perlu setimpal.
"Jangan sesekali aniaya anak orang, luluh hati seorang ibu mengetahui anaknya cedera ditampar guru," katanya.
Difahamkan, polis telah mengambil keterangan guru berkenaan dan berdasarkan laporan polis yang dibuat, guru itu menafikan dakwaan itu. Sebaliknya kesan itu dipercayai akibat penyakit beguk.
BERITA BERKAITAN:
- 'Saya nafikan, saya ada bukti CCTV' - Guru nafi pukul murid Tahun 2
- Bengkak di tengkuk, murid dakwa dipukul cikgu
from The Reporter https://ift.tt/2KXOJMc
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment