Home » , » 'Sedih, penat tak hilang lagi, pengantin datang terus kondem baju ini'

'Sedih, penat tak hilang lagi, pengantin datang terus kondem baju ini'

shamsulazlan | 20:46 | 0 comments

"Cukuplah sekali dapat customer seperti ini. Boleh sakit jantung makcik dibuatnya," demikian luahan seorang wanita yang mendakwa beliau dianiaya oleh pelanggannya. 

Terdahulu, luahan kesal Mimiey Suparno viral di media sosial mengundang simpati netizen. Mimiey yang berhempas pulas menyiapkan busana pengantin seperti yang dipinta oleh pengantin berkenaan, terpaksa berputih mata apabila gadis berkenaan mendakwa pakaian yang dibuatnya tidak menepati citarasanya. 

"Officially baju ini untuk dijual. Makcik sedih, penat tak hilang lagi. Pengantinnya datang ke rumah makcik dan terus kondem baju ini. Katanya tidak seperti yang dia mahukan. 

"Sama juga seperti mak dia rupanya. Siap minta balik duit deposit," tulisnya.


Menurut Mimiey, dia mengambil masa dan tenaga untuk menyiapkan pakaian tersebut, namun kecewa dan ini kali pertama pelanggan mendakwa hasil tangannya tidak memuaskan hati.

"Makcik penat sangat-sangat, tak pernah makcik menangis menyiapkan baju dan tak pernah bila baju makcik buat kena kondem sebab lace dan manik penuh di perut. 

"Habis yang kau minta lace banyak di tangan, di bahu, banyak lace itu jadah apa? Hahahaha!" tulisnya.


Mimiey meminta mana-mana individu yang berminat dengan pakaian itu, bolehlah menghubunginya dan pakaian itu akan dijual dengan harga 'sedih sayu'. 

"Siapa nak beli baju ini, sila roger makcik. Harga sedih sayu makcik bagi. Cukuplah dapat sekali saja customer seperti ini. Boleh sakit jantung makcik dibuatnya. Huhu." tulisnya.

Sementara itu, seorang netizen pula memuat naik gambar rekaan asal yang dikehendaki oleh pengantin berkenaan yang didakwa sangat jauh berbeza dengan hasil buatan Mimiey. 

"Dah kalau rupa gini bakal pengatin itu pakai, apa kejadah yang cantiknya? Itulah makcik, lain kali buat kerja last minit," tulis Nabila. 



Bagi netizen yang lain, hasil kerja Mimiey itu tidaklah teruk seperti yang dikatakan. Namun, adalah perkara biasa pengantin mahukan rekaan 150% mengikut citarasa dan kehendak mereka untuk majlis raja sehari. 

Walau bagaimanapun, ada juga yang berpendapat bahawa, Mimiey tidak dapat membuat pakaian tersebut 100 peratus seperti yang dipinta oleh pengantin kerana bimbang akan berdepan dengan masalah hakcipta di kemudian hari. 


from The Reporter https://ift.tt/2MWA6dW
via IFTTT
Share this article :

0 comments:

Post a Comment

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Shamsul Azlan - All Rights Reserved
Template Modify by Creating Website
Proudly powered by Blogger