Isu prank call atau panggilan usikan yang diamalkan oleh beberapa stesen radio sejak sekian lama yang mengikut budaya barat, adakalanya menimbulkan rasa kurang senang para pendengar.
Pernah menjadi isu beberapa kali di mana panggilan usikan seperti itu mendatangkan kemarahan atau kemudaratan kepada pemanggil lain.
Netizen di media sosial sudah beberapa kali menyuarakan rasa ketidakpuasan hati dan meminta pihak berkaitan mengambil tindakan dan mengharamkan panggilan usikan seperti itu kerana ia tidak bersesuaian di negara ini.
Dalam laporan Bernama, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Gobind Singh Deo, tidak bercadang untuk menghentikan program panggilan usikan yang dijalankan oleh stesen radio buat masa ini.
Bagaimanapun katanya, pihaknya menyambut baik dan akan menimbang setiap cadangan dan pandangan yang dikemukakan.
Gobind berkata demikian dalam responsnya terhadap persoalan dari pengguna Twitter, @Bro_Razeef yang bertanya apakah kerajaan akan mempertimbangkan untuk menghentikan program panggilan usikan pagi yang dijalankan oleh stesen radio di negara ini.
from The Reporter https://ift.tt/2okdM3j
via IFTTT
0 comments:
Post a Comment